Jika anda tidak melihat Wi-Fi dalam keutamaan Rangkaian pada Mac
Jika komputer anda mempunyai keupayaan Wi-Fi tetapi anda tidak melihat Wi-Fi dalam keutamaan Rangkaian, perkhidmatan Wi-Fi mungkin tidak disediakan.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Rangkaian.
Klik butang Tambah di bahagian bawah senarai.
Klik menu timbul Antara Muka, kemudian pilih Wi-Fi.
Masukkan nama untuk perkhidmatan, kemudian klik Cipta.
Secara lalai, perkhidmatan dinamakan Wi-Fi, tetapi anda boleh memberikan sebarang nama yang anda mahu.
Masukkan seting untuk perkhidmatan Wi-Fi, seperti nama rangkaian, kemudian pilih Lanjutan untuk setkan pilihan lain.
Untuk mengubah perkhidmatan mana yang digunakan dahulu apabila lebih daripada satu aktif, klik menu timbul Tindakan , pilih Setkan Tertib Perkhidmatan, kemudian seret perkhidmatan rangkaian dalam senarai untuk mengubah aturannya.