![](https://help.apple.com/assets/63BCA927AAE78C58DD7FBE35/63BCA92EAAE78C58DD7FBE76/ms_MY/8cfb53953fdf6e7e49ac94510557df95.png)
Tukar seting Rangkaian pada Mac
Pada Mac anda, gunakan seting Rangkaian untuk menyediakan dan mengurus Wi-Fi, Ethernet, Thunderbolt, firewall dan perkhidmatan rangkaian lain.
Untuk menukar seting ini, pilih menu Apple dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Buka seting Rangkaian untuk saya
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Wi-Fi | Klik untuk melihat atau menukar butiran perkhidmatan Wi-Fi. Control-klik untuk menduplikasi, memadam atau menyahaktifkan perkhidmatan Wi-Fi, atau mengesetkan tertib perkhidmatan untuk perkhidmatan rangkaian. Lihat Tukar seting Wi-Fi. | ||||||||||
VPN | Klik untuk melihat atau menukar seting VPN. Lihat Tukar seting VPN. | ||||||||||
Firewall | Klik untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan firewall dan melihat atau menukar pilihan firewall. Lihat Tukar seting Firewall. | ||||||||||
Perkhidmatan Lain | Klik perkhidmatan rangkaian untuk melihat atau menukar butirannya. Control-klik perkhidmatan rangkaian untuk menduplikasi, memadam atau menyahaktifkannya, atau mengesetkan tertib perkhidmatan untuk perkhidmatan rangkaian. | ||||||||||
Klik menu timbul Tindakan |