Sediakan sambungan VPN pada Mac
Untuk bersambung ke rangkaian persendirian maya (VPN), anda perlu masukkan seting konfigurasi dalam seting Rangkaian. Seting ini termasuk alamat pelayan VPN, nama akaun dan sebarang seting pengesahan, seperti kata laluan atau sijil.
Hubungi pentadbir rangkaian untuk organisasi anda atau penyedia perkhidmatan VPN anda bagi mendapatkan maklumat tentang seting yang anda perlu masukkan untuk bersambung ke VPN mereka.
Jika anda menerima fail seting VPN daripada pentadbir rangkaian atau penyedia perkhidmatan VPN, anda hanya perlu dwiklik untuk menyediakan sambungan anda. Jika anda tidak berbuat demikian, anda boleh masukkan seting secara manual.
Masukkan seting VPN secara manual
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik VPN dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik Tambah Konfigurasi VPN di sebelah kanan, kemudian pilih jenis sambungan VPN yang anda mahu sediakan.
Masukkan nama untuk perkhidmatan VPN baharu dalam medan Nama Paparan.
Jika anda sedang menyediakan L2TP melalui VPN IPSec, klik menu timbul Konfigurasi, kemudian pilih konfigurasi.
Jika anda tidak memerlukan beberapa konfigurasi, hanya gunakan konfigurasi Lalai.
Masukkan seting untuk perkhidmatan VPN baharu.
Seting yang diperlukan berbeza mengikut jenis VPN dan mungkin menyertakan seting seperti alamat pelayan, nama akaun, kata laluan dan kaedah pengesahan.
Jika perlu, masukkan seting tambahan.
L2TP melalui IPSec: Anda boleh memasukkan seting untuk Pilihan, TCP/IP, DNS dan Proksi.
Cisco IPSec atau IKEv2: Anda boleh memasukkan seting untuk DNS dan Proksi.
Klik Cipta.
Lihat atau ubah suai konfigurasi VPN
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik VPN dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Di sebelah kanan, klik butang Info bersebelahan perkhidmatan VPN yang anda mahu ubah suai.
Jika perlu, tukar seting.
Klik OK (atau Batal jika anda tidak mahu membuat sebarang perubahan).
Keluarkan konfigurasi VPN
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik VPN dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Di sebelah kanan, klik butang Info bersebelahan perkhidmatan VPN yang anda mahu keluarkan.
Klik Keluarkan Konfigurasi, kemudian sahkan yang anda mahu keluarkannya.
Anda boleh menggunakan ikon status VPN dalam bar menu untuk bersambung ke rangkaian dan bertukar antara perkhidmatan VPN.
L2TP ialah sambungan daripada Protokol Penerowongan Titik ke Titik menggunakan pembekal perkhidmatan internet untuk didayakan VPN melalui internet.
IPSec (Keselamatan Protokol Internet) ialah set dari protokol keselamatan.
IKEv2 ialah protokol yang menyediakan perkaitan keselamatan dalam IPSec.