Sediakan sambungan VPN
Untuk bersambung ke rangkaian persendirian maya (VPN), anda perlu masukkan seting konfigurasi dalam keutamaan Rangkaian. Seting ini termasuk alamat pelayan VPN, nama akaun dan sebarang seting pengesahan, seperti kata laluan atau sijil yang anda terima daripada pentadbir rangkaian.
Jika anda menerima fail seting VPN daripada pentadbir rangkaian, anda boleh menggunakan untuk menyediakan sambungan VPN anda. Jika anda tidak berbuat demikian, anda boleh masukkan seting secara manual.
Gunakan fail seting VPN
Dwiklik fail itu untuk membuka keutamaan Rangkaian dan mengimport seting secara automatik.
Jika dwiklik fail itu tidak membuka keutamaan Rangkaian, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Rangkaian, klik menu timbul Tindakan , kemudian pilih Konfigurasi Import. Pilih fail, kemudian klik Import.
Masukkan seting VPN secara manual
Pilih Menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Rangkaian.
Klik butang Tambah dalam senarai sebelah kiri, klik menu timbul Antara Muka, kemudian pilih VPN.
Klik menu timbul Jenis VPN, kemudian pilih jenis sambungan VPN yang anda mahu sediakan, bergantung pada rangkaian yang anda bersambung kepada. Berikan nama perkhidmatan VPN, kemudian klik Cipta.
L2TP ialah sambungan dari Protokol Penerowongan Titik ke Titik menggunakan pembekal perkhidmatan Internet untuk didayakan VPN melalui Internet.
IPSec (Keselamatan Protokol Internet) ialah set dari protokol keselamatan.
IKEv2 ialah protokol yang menyediakan perkaitan keselamatan dalam IPSec.
Masukkan alamat pelayan dan nama akaun untuk sambungan VPN.
Klik Seting Pengesahan, kemudian masukkan maklumat yang anda terima daripada pentadbir rangkaian.
Jika ditentukan oleh pentadbir rangkaian anda, klik Lanjutan untuk memasukkan maklumat tambahan, seperti pilihan sesi, seting TCIP/IP, pelayan DNS dan proksi.
Maklumat tambahan yang anda boleh masukkan bergantung kepada jenis sambungan VPN yang anda sedang sediakan.
Klik Guna, kemudian klik OK.
Pilih “Tunjukkan status Wi-Fi dalam bar menu” untuk menggunakan ikon status VPN untuk bersambung ke rangkaian dan bertukar antara perkhidmatan VPN.
Untuk keluarkan konfigurasi VPN, pilih perkhidmatan sambungan rangkaian VPN dalam senarai dan klik butang Keluarkan .