Sediakan seting iCloud Apple ID anda pada Mac
Anda menggunakan keutamaan iCloud Apple ID untuk memilih ciri iCloud yang anda mahu dan mengurus storan iCloud.
Buka keutamaan Apple ID untuk saya
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Apple ID, kemudian pilih iCloud dalam bar sisi.
Jika anda belum mendaftar masuk ke Apple ID anda, klik Daftar Masuk dan taipkan maklumat Apple ID anda. Ikuti arahan pada skrin.
Pilih atau tukar yang berikut:
App pada Mac ini yang menggunakan iCloud: Pilih app dalam senarai untuk mengaktifkan ciri iCloud app pada Mac ini.
App berikut mungkin mempunyai butang Pilihan atau butang Butiran:
iCloud Drive: Jika iCloud Drive diaktifkan, klik Pilihan untuk memilih sama ada untuk menyimpan folder desktop dan dokumen anda dalam iCloud Drive. Lihat Gunakan iCloud Drive untuk menyimpan dokumen pada Mac, iPhone dan iPad anda. Anda juga boleh memilih app yang menggunakan storan iCloud anda dan app yang membolehkan orang lain mencari anda menggunakan Apple ID anda untuk iCloud).
Foto: Jika Foto iCloud diaktifkan, klik Pilihan untuk aktifkan atau nyahaktifkan Foto iCloud atau Album Dikongsi. Lihat Gunakan Foto iCloud untuk menyimpan foto dalam iCloud dan Apakah Album Dikongsi?.
Rantai Kunci: Jika Rantai Kunci diaktifkan dan butang Pilihan muncul, anda tidak menggunakan pengesahan dua faktor, tetapi bentuk keselamatan yang lebih lama. Untuk menyediakan dan menggunakan pengesahan dua faktor yang lebih baru, lihat Gunakan pengesahan dua faktor untuk keselamatan pada peranti Mac, peranti iOS dan peranti iPadOS anda. Untuk meneruskan kaedah keselamatan sebelumnya anda, klik Pilihan untuk menentukan sama ada Kod Keselamatan iCloud anda boleh digunakan untuk meluluskan Rantai Kunci iCloud pada peranti baru. Anda juga boleh menentukan Kod Keselamatan iCloud dan nombor telefon yang digunakan untuk mengesahkan identiti anda.
Jika “Menunggu untuk kelulusan” muncul di bawah Rantai Kunci, klik Pilihan untuk memasukkan Kod Keselamatan iCloud anda dan bukannya meluluskan Mac ini dari peranti lain.
Cari Mac Saya: Jika “Perkhidmatan Lokasi dinyahaktifkan” muncul di bawah Cari Mac Saya, klik Butiran, kemudian ikut arahan pada skrin untuk mencari Mac ini menggunakan Mac atau peranti lain. Anda juga boleh mengaktifkan Pencarian Luar Talian untuk mencari peranti anda menggunakan sambungan Bluetooth, walaupun apabila peranti anda tidak bersambung ke Wi-Fi atau selular. Lihat Sediakan Cari.
Optimumkan Storan Mac: Pilih kotak semak ini untuk menyimpan kandungan penuh iCloud Drive pada Mac anda jika terdapat ruang cakera yang mencukupi. Dokumen lebih lama hanya disimpan dalam iCloud apabila ruang cakera diperlukan.
Storan iCloud: Klik Urus untuk mengurus storan iCloud anda. Anda boleh menukar pelan storan iCloud, mengeluarkan sandaran peranti iOS dan iPadOS, memadamkan semua foto dan video daripada Foto iCloud pada Mac anda, serta mengeluarkan semua dokumen dan data untuk app secara kekal.
Untuk mendapatkan maklumat tentang menukar maklumat akaun Apple ID anda pada tapak web Apple ID, lihat halaman akaun Apple ID anda.
Untuk mendapatkan maklumat tentang menukar seting akaun Apple ID menggunakan peranti iOS atau iPadOS, lihat “Uruskan seting Apple ID dan iCloud” dalam panduan pengguna untuk iPhone, iPad, atau iPod touch.