Apple ID

Apple ID mengandungi alamat e-mel (sebagai contoh, karina_cavanna@icloud.com) dan kata laluan. Di sesetengah lokasi, anda boleh menggunakan nombor telefon berbanding alamat e-mel. Lihat artikel Sokongan Apple Gunakan nombor telefon mudah alih anda sebagai Apple ID anda.

Apple ID anda memberikan anda akses ke iTunes Store, App Store, Apple Books, iCloud, FaceTime dan perkhidmatan Apple lain. Anda disyorkan untuk menggunakan Apple ID yang sama bagi semua perkhidmatan Apple.

Pembelian anda terikat pada Apple ID anda dan tidak boleh dipindahkan ke Apple ID lain. Jika anda membuat pembelian pada iPhone, iPad, atau Mac lain, sentiasa daftar masuk menggunakan Apple ID yang sama supaya anda boleh melihat semua pembelian kedai anda pada Mac ini dan memuat turun sebarang kemas kini tersedia.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Apple ID, lihat halaman Sokongan Apple ID. Untuk mencipta satu, pergi ke tapak web akaun Apple ID.