Sediakan keutamaan iCloud Apple ID anda pada Mac
Anda menggunakan keutamaan iCloud Apple ID untuk memilih ciri iCloud yang anda mahu gunakan dan mengurus storan iCloud.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Apple ID , kemudian pilih iCloud dalam bar sisi.
Jika anda belum mendaftar masuk ke Apple ID anda, klik Daftar Masuk dan taipkan maklumat Apple ID anda. Ikuti arahan pada skrin.
Pilih atau tukar yang berikut:
App pada Mac ini yang menggunakan iCloud: Pilih kotak semak bersebelahan app yang anda mahu gunakan dengan iCloud pada Mac ini.
Foto: Jika Foto iCloud diaktifkan, klik Pilihan untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan Foto iCloud atau Album Dikongsi. Lihat Gunakan Foto iCloud untuk menyimpan foto dalam iCloud dan Apakah Album Dikongsi?
Rantai Kunci: Jika Rantai Kunci diaktifkan dan butang Pilihan muncul, anda tidak menggunakan pengesahan dua faktor, tetapi bentuk keselamatan yang lebih lama. Untuk menyediakan dan menggunakan pengesahan dua faktor yang lebih baharu, lihat Gunakan pengesahan dua faktor untuk keselamatan pada peranti Mac, peranti iOS dan peranti iPadOS anda. Untuk terus menggunakan kaedah keselamatan anda yang sebelumnya, klik Pilihan.
Geganti Peribadi: Geganti Peribadi iCloud (beta) ialah perkhidmatan yang membolehkan anda bersambung ke sebarang rangkaian dan melayari dengan Safari secara maya dengan cara yang lebih selamat dan lebih peribadi. Anda mesti pelanggan iCloud+ untuk menggunakan Geganti Peribadi iCloud. Lihat Gunakan Geganti Peribadi iCloud.
Nota: Geganti Peribadi iCloud kini dalam beta.
Sembunyikan E-mel Saya: Dengan Sembunyikan E-mel Saya, anda boleh menjana alamat e-mel unik dan rawak yang memajukan ke akaun e-mel peribadi anda, supaya anda tidak perlu berkongsi alamat e-mel sebenar anda semasa mengisi borang pada web atau mendaftar surat berita. Anda mesti pelanggan iCloud+ untuk menggunakan Sembunyikan E-mel Saya. Lihat Gunakan Sembunyikan E-mel Saya.
iCloud Drive: Jika iCloud Drive diaktifkan, klik Pilihan untuk memilih sama ada untuk menyimpan folder desktop dan dokumen anda dalam iCloud Drive. Lihat Gunakan iCloud Drive untuk menyimpan dokumen pada Mac, iPhone dan iPad anda. Anda juga boleh memilih app yang menggunakan storan iCloud anda dan app yang membolehkan orang lain mencari anda menggunakan Apple ID anda.
Cari Mac Saya: Jika “Perkhidmatan Lokasi dinyahaktifkan” muncul di bawah Cari Mac Saya, klik Butiran, kemudian ikut arahan pada skrin untuk mencari Mac ini menggunakan Mac atau peranti lain. Anda juga boleh mengaktifkan Rangkaian Cari untuk mencari peranti anda menggunakan sambungan Bluetooth, walaupun apabila peranti anda tidak bersambung ke Wi-Fi atau selular. Lihat Sediakan Cari.
Optimumkan Storan Mac: Pilih kotak semak ini untuk menyimpan kandungan penuh iCloud Drive pada Mac anda jika terdapat ruang cakera yang mencukupi. Dokumen lebih lama hanya disimpan dalam iCloud apabila ruang cakera diperlukan.
Storan iCloud: Klik Urus untuk mengurus storan iCloud anda. Anda boleh menukar pelan storan iCloud, mengeluarkan sandaran peranti iOS dan iPadOS, memadamkan semua foto dan video daripada Foto iCloud pada Mac anda, serta mengeluarkan semua dokumen dan data untuk app secara kekal.
Untuk mendapatkan maklumat tentang menukar maklumat akaun Apple ID anda pada tapak web Apple ID, lihat halaman akaun Apple ID anda.
Untuk mendapatkan maklumat tentang menggabungkan langganan Apple anda, termasuk menaik taraf ke iCloud+, lihat artikel Sokongan Apple Pakejkan langganan Apple dengan Apple One.
Untuk mendapatkan maklumat tentang menukar seting akaun Apple ID menggunakan peranti iOS atau iPadOS, lihat “Uruskan seting Apple ID dan iCloud” dalam panduan pengguna untuk iPhone, iPad, atau iPod touch.