Sediakan kata laluan dan maklumat keselamatan Apple ID anda pada Mac
Anda menggunakan keutamaan Kata Laluan & Keselamatan untuk menukar seting keselamatan yang dikaitkan dengan Apple ID anda.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Apple ID, kemudian pilih Kata Laluan & Keselamatan dalam bar sisi.
Jika anda belum mendaftar masuk ke Apple ID anda, klik Daftar Masuk dan taipkan maklumat Apple ID anda. Ikuti arahan pada skrin.
Lihat atau tukar yang berikut:
Kata Laluan: Klik Tukar Kata Laluan untuk menukar kata laluan Apple ID anda, yang melindungi maklumat yang dikaitkan dengan Apple ID anda. Maklumat ini menyertakan maklumat bayaran dan penghantaran, maklumat iCloud, maklumat media dan pembelian serta banyak lagi. Lihat Petua untuk mencipta kata laluan selamat.
Pengesahan Dua Faktor: Tunjukkan sama ada Apple ID anda mempunyai pengesahan dua faktor diaktifkan.
Jika pengesahan dua faktor aktif dan anda memerlukan kod pengesahan untuk daftar masuk ke peranti lain atau iCloud.com, klik Dapatkan Kod Pengesahan.
Jika pengesahan dua faktor tidak aktif dan anda mahu mengaktifkannya, klik Aktifkan Pengesahan Dua Faktor.
Anda juga boleh mengaktifkan pengesahan dua faktor dan mengurus peranti dan nombor telefon dipercayai anda dengan mendaftar masuk ke halaman akaun Apple ID anda.
Nombor telefon dipercayai: Jika pengesahan dua faktor aktif dan anda mahu menambah nombor telefon yang dipercayai, klik Edit. Klik butang Tambah , kemudian masukkan kata laluan log masuk Mac anda apabila diminta. Seterusnya taipkan nombor telefon yang boleh digunakan untuk mengesahkan identiti anda. Pilih sama ada anda mahu untuk dihubungi melalui teks atau panggilan telefon, kemudian klik Teruskan. Klik Selesai.
Anda mesti mengesahkan sekurang-kurangnya satu nombor telefon dipercayai apabila anda mendaftar dalam pengesahan dua faktor. Anda juga harus mempertimbangkan untuk mengesahkan nombor telefon lain yang boleh anda akses, seperti telefon rumah, atau nombor yang digunakan oleh ahli keluarga atau rakan karib. Nombor telefon yang dipercayai tidak menerima kod pengesahan secara automatik. Jika anda tidak boleh mengakses peranti anda buat sementara, klik atau ketik “Tidak dapat kod pengesahan?” pada peranti baharu, kemudian pilih salah satu nombor telefon dipercayai lain untuk menerima kod pengesahan.
Dapatkan kod pengesahan: Jika pengesahan dua faktor aktif dan anda memerlukan kod pengesahan untuk daftar masuk ke peranti lain atau iCloud.com, klik Dapatkan Kod Pengesahan.
Kunci Pemulihan: Gunakan kunci pemulihan untuk meningkatkan keselamatan akaun anda. Apabila anda mencipta kunci pemulihan, satu-satunya cara untuk mereset kata laluan anda ialah dengan menggunakan peranti dipercayai lain yang telah didaftar masuk dengan Apple ID anda atau dengan menggunakan peranti Apple lain dan mengesahkan nombor telefon dipercayai dan memasukkan kunci pemulihan anda.
App Menggunakan Apple ID Anda: Pilihan ini hanya muncul jika anda telah menggunakan Daftar masuk dengan Apple untuk menyediakan akaun pada app atau tapak web. Klik Edit untuk melihat senarai app dan tapak web yang anda daftar masuk menggunakan Daftar masuk dengan Apple. Pilihan ini memberikan maklumat tentang akaun anda dan keupayaan untuk menyahaktifkan ciri atau berhenti menggunakan Daftar masuk dengan Apple. Lihat Gunakan Daftar masuk dengan Apple.
Untuk mendapatkan maklumat tentang menukar maklumat akaun Apple ID anda pada tapak web Apple ID, lihat halaman akaun Apple ID anda.
Untuk mendapatkan maklumat tentang menukar seting akaun Apple ID menggunakan peranti iOS atau iPadOS, lihat “Uruskan seting Apple ID dan iCloud” dalam panduan pengguna untuk iPhone, iPad, atau iPod touch.