Pindahkan fail antara Mac dengan Apple silicon dan Mac lain
Anda boleh menyambungkan Mac dengan Apple silicon ke Mac lain supaya Mac dengan Apple silicon muncul sebagai cakera keras luaran. Anda boleh memindahkan fail antara komputer Mac.
Sambungkan dua komputer menggunakan kabel USB, USB-C, atau Thunderbolt.
Pada Mac dengan Apple silicon, pilih menu Apple > Tutup.
Tekan dan tahan butang kuasa sehingga “Memuatkan pilihan permulaan” muncul.
Klik Pilihan, kemudian klik Teruskan.
Jika diminta, masukkan kata laluan untuk akaun pentadbir.
Mac anda dibuka dalam mod Pemulihan.
Pilih Utiliti > Kongsi Cakera.
Pilih cakera atau volum yang anda mahu kongsikan, kemudian klik Mula Perkongsian.
Pada Mac lain, buka tetingkap Finder, kemudian klik Rangkaian (di bawah Lokasi) dalam bar sisi.
Dalam tetingkap Rangkaian, dwiklik Mac yang mempunyai cakera atau volum dikongsi, klik Sambung Sebagai, pilih Tetamu dalam tetingkap Sambung Sebagai, kemudian klik Sambung.
Pindahkan fail.
Apabila anda selesai memindahkan fail, keluarkan cakera pada Mac lain.