Gunakan Teks Terapung pada Mac
Apabila anda mendayakan Teks Terapung pada Mac, anda boleh mengalihkan penuding ke atas sesuatu pada skrin—contohnya, teks, medan input, atau butang—dan memaparkan versinya yang dizum pada resolusi tinggi dalam tetingkap yang berasingan.
Aktifkan dan sesuaikan Teks Terapung
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Kebolehcapaian, kemudian klik Zum.
Pilih Dayakan Teks Terapung.
Jika anda mahu menyesuaikan Teks Terapung, klik Pilihan. Sebagai contoh, anda boleh menentukan:
Kedudukan tetingkap apabila anda memasukkan teks. Klik menu timbul “Lokasi entri teks”, kemudian pilih lokasi. Jika anda tidak mahu tetingkap ditunjukkan apabila anda memasukkan teks, pilih Tiada.
Kekunci papan kekunci yang anda ditekan untuk mengaktifkan Teks Terapung. Klik menu timbul “Pengubah suai pengaktifan”, kemudian pilih kekunci. Untuk mengunci tetingkap supaya ia ditunjukkan secara automatik apabila anda mengalihkan penuding ke atas item, tekan kekunci tiga kali (anda boleh melakukan ini pada bila-bila masa apabila Teks Terapung didayakan). Untuk membuka kunci tetingkap, tekan kekunci tiga kali.
Warna yang digunakan untuk teks ditunjukkan dalam tetingkap dan untuk tetingkap sendiri, serta untuk apabila anda memasukkan teks. Klik Warna, kemudian klik menu timbul untuk memilih warna atau untuk mencipta warna tersuai.
Gunakan Teks Terapung
Alihkan penuding ke atas item pada skrin, kemudian tekan kekunci pengaktifan (seperti kekunci Command) untuk memaparkan tetingkap Teks Terapung. Jika anda mengunci tetingkap, ia secara automatik ditunjukkan apabila penuding anda beralih ke atas item.
Jika anda memilih untuk menunjukkan tetingkap entri teks, tetingkap muncul di lokasi yang anda tentukan, seperti penjuru kiri atas skrin, apabila anda dalam medan atau kawasan entri teks. Semasa anda menaip, versi perkara yang anda sedang taipkan yang lebih besar dipaparkan dalam tetingkap.