Aktifkan pilihan kebolehcapaian dalam tetingkap log masuk pada Mac
Anda boleh aktifkan pilihan kebolehcapaian tertentu dalam tetingkap log masuk untuk menjadikannya lebih mudah untuk log masuk ke Mac anda.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Pengguna & Kumpulan.
Buka keutamaan Pengguna & Kumpulan untuk saya
Jika kunci di bahagian kiri bawah dikunci , kliknya, kemudian masukkan nama dan kata laluan pentadbir. Jika Mac anda menyokongnya, anda juga boleh membuka kunci menggunakan Touch ID atau Apple Watch anda.
Klik Pilihan Log Masuk, kemudian klik Pilihan Kebolehcapaian.
Pilih pilihan kebolehcapaian—seperti VoiceOver atau Zum—yang anda mahu aktifkan dalam tetingkap log masuk.
Pilihan yang anda pilih didayakan dalam tetingkap log masuk untuk semua pengguna Mac anda.
Jika anda memilih pilihan Papan Kekunci Kebolehcapaian atau Kawalan Suis, seting papan kekunci atau suis semasa anda digunakan dalam tetingkap log masuk untuk semua pengguna (sehingga pengguna lain menyahaktifkan atau mengaktifkan pilihan dalam keutamaan Pilihan Log Masuk mereka).
Klik Guna.
Jika anda menukar seting papan kekunci atau suis anda dalam keutamaan Kebolehcapaian dan anda mahu perubahan anda untuk digunakan pada tetingkap log masuk, paparkan pilihan kebolehcapaian log masuk dalam Pengguna & Kumpulan, kemudian klik Guna.
Sesiapa yang log masuk ke Mac anda boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan pilihan dalam tetingkap log masuk buat sementara dengan menekan Option-Command-F5 (atau jika Mac atau Magic Keyboard anda mempunyai Touch ID, tekan Touch ID tiga kali dengan cepat) untuk memaparkan panel Pintasan Kebolehcapaian.
Jika anda menggunakan pilihan dalam tetingkap log masuk dan mahu menggunakannya apabila anda bekerja pada Mac, anda boleh setkan pilihan dalam keutamaan Kebolehcapaian. Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Kebolehcapaian.