Kawal akses ke mikrofon pada Mac
Sesetengah app dan tapak web boleh menggunakan mikrofon pada Mac anda untuk menangkap atau merakam audio. Anda boleh tentukan app yang dibenarkan untuk menggunakan mikrofon.
Pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Privasi & Keselamatan dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik Mikrofon di sebelah kanan.
Aktifkan atau nyahaktifkan akses ke mikrofon untuk setiap app dalam senarai.
Nota: Lampu Penunjuk Rakaman dalam Pusat Kawalan ditunjukkan apabila mikrofon komputer anda sedang digunakan atau telah digunakan baru-baru ini. Lampu ini meningkatkan keselamatan dan privasi pada Mac anda dengan membolehkan anda mengetahui jika app mempunyai akses kepada mikrofon.
Jika anda membenarkan app atau tapak web pihak ketiga untuk menggunakan maklumat mikrofon anda, sebarang maklumat yang dikumpulkan oleh mereka akan dikawal oleh syarat dan dasar privasi mereka. Anda disyorkan untuk mengetahui tentang amalan privasi pihak tersebut.
Jika anda ialah pentadbir sistem dan mahukan maklumat tentang mengerahkan seting keselamatan, lihat Pengerahan Platform Apple.