Kawal akses ke mikrofon anda pada Mac
Sesetengah app dan tapak web boleh menggunakan mikrofon pada Mac anda untuk menangkap atau merakam audio. Anda boleh tentukan app yang dibenarkan untuk menggunakan mikrofon.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Keselamatan & Privasi, kemudian klik Privasi.
Klik Mikrofon.
Pilih kotak semak bersebelahan app untuk membenarkannya untuk mengakses mikrofon. Nyahpilih kotak semak untuk nyahaktifkan akses bagi app tersebut.
Jika anda menyahaktifkan akses untuk app, anda akan digesa untuk mengaktifkannya semula pada kali seterusnya app cuba untuk menggunakan mikrofon anda.
Jika anda membenarkan app atau tapak web pihak ketiga menggunakan maklumat mikrofon, anda akan tertakluk pada syarat dan dasar privasi mereka dan bukan Dasar Privasi Apple. Anda seharusnya menyemak semula syarat dan dasar privasi mereka untuk memahami cara mereka mengendalikan dan menggunakan maklumat anda. Lihat Dasar Privasi Apple.