Kawal akses ke mikrofon pada Mac
Sesetengah app dan tapak web boleh menggunakan mikrofon pada Mac anda untuk menangkap atau merakam audio. Anda boleh tentukan app yang dibenarkan untuk menggunakan mikrofon.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Keselamatan & Privasi , kemudian klik Privasi.
Pilih Mikrofon.
Pilih kotak semak bersebelahan app untuk membenarkannya untuk mengakses mikrofon.
Nyahpilih kotak semak untuk nyahaktifkan akses bagi app tersebut.
Jika anda menyahaktifkan akses untuk app, anda akan diminta untuk mengaktifkannya semula pada kali seterusnya app tersebut cuba menggunakan mikrofon anda.
Nota: Lampu Penunjuk Rakaman dalam Pusat Kawalan menunjukkan kepada anda apabila mikrofon komputer anda sedang digunakan atau masa ia telah digunakan baru-baru ini. Lampu ini meningkatkan keselamatan dan privasi pada Mac anda dengan membolehkan anda mengetahui jika app mempunyai akses kepada mikrofon. Lampu dinyalakan apabila anda membuka anak tetingkap Input Bunyi pada Keutamaan Sistem Bunyi.
Jika anda membenarkan app atau tapak web pihak ketiga untuk menggunakan maklumat mikrofon anda, sebarang maklumat yang dikumpulkan oleh mereka akan dikawal oleh syarat dan dasar privasi mereka. Anda disyorkan untuk mengetahui tentang amalan privasi pihak tersebut.
Jika anda ialah pentadbir sistem dan mahukan maklumat tentang mengerahkan seting keselamatan, lihat Pengerahan Platform Apple.