Tambah atau keluarkan folder dan fail dikongsi dalam iCloud Drive
Selepas anda berkongsi folder, anda boleh menambahkan folder dan fail padanya dan semua peserta boleh mengaksesnya. Jika anda mengeluarkan folder atau fail daripada folder dikongsi, semua peserta hilang akses kepada item. Semua peserta yang boleh menukar fail juga boleh menambah dan mengeluarkan folder dan fail.
Tambah folder atau fail pada folder dikongsi
Dalam iCloud Drive pada Mac anda, seret item ke folder dikongsi.
Apabila anda meletakkan fail yang anda telah kongsi dengan orang lain ke dalam folder dikongsi, hanya peserta folder dikongsi boleh mengakses fail. Peserta yang sebelumnya mempunyai akses kepada fail hilang akses. Anda juga boleh mengalihkan item dikongsi yang anda tidak miliki ke dalam folder dikongsi.
Keluarkan folder atau fail daripada folder dikongsi
Dalam iCloud Drive pada Mac anda, seret item keluar daripada folder dikongsi.
Semua peserta folder dikongsi hilang akses kepada item.