Tukar seting Keselamatan Komunikasi dalam Masa Skrin pada Mac
Gunakan seting Keselamatan Komunikasi dalam Masa Skrin untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan pengesanan foto bogel dalam app Mesej (macOS 12.1 atau lebih baharu, iOS 15.2 atau lebih baharu, atau iPadOS 15.2 atau lebih baharu; tidak tersedia di semua negara atau rantau). Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Perihal keselamatan komunikasi dalam Mesej.
Untuk menukar seting ini pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Masa Skrin dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.) Klik menu timbul Ahli Keluarga di sebelah kanan dan pilih ahli keluarga (jika anda menggunakan Perkongsian Keluarga), kemudian klik Keselamatan Komunikasi.
Nota: Seting Keselamatan Komunikasi hanya tersedia jika anak ialah sebahagian daripada kumpulan Perkongsian Keluarga.
Buka seting Masa Skrin untuk saya
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Semak Foto Sensitif | Tunjukkan amaran kepada anak apabila mereka menghantar atau menerima foto dalam app Mesej yang mengandungi kebogelan. | ||||||||||
Sumber Keselamatan Kanak-kanak | Klik Tunjukkan Sumber untuk melihat sumber yang anda boleh gunakan untuk memudahkan perbualan dengan anak anda tentang keselamatan digital. | ||||||||||
Tingkatkan Keselamatan Komunikasi | Hantar analitis dan data penggunaan kepada Apple untuk meningkatkan keselamatan komunikasi. | ||||||||||
Ketahui Lebih Lanjut | Lihat maklumat tambahan tentang keselamatan komunikasi dalam app Mesej. |