Aktifkan atau nyahaktifkan keselamatan komunikasi untuk mesej dalam Masa Skrin pada Mac
Apabila keselamatan komunikasi diaktifkan dalam Masa Skrin, kebogelan dalam foto boleh dikesan sebelum foto dihantar atau diterima oleh anak anda dalam app Mesej dan sumber disediakan untuk membantu mereka menangani situasi tersebut (macOS 12.1 atau lebih baharu, iOS 15.2 atau lebih baharu, atau iPadOS 15.2 atau lebih baharu; tidak tersedia di semua negara atau rantau). Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Perihal keselamatan komunikasi dalam Mesej.
Sebelum anda boleh menyediakan keselamatan komunikasi, anda perlu mengaktifkan Masa Skrin. Lihat Sediakan Masa Skrin untuk anak.
Nota: Anda hanya boleh menyediakan keselamatan komunikasi untuk anak anda jika mereka sebahagian daripada kumpulan Perkongsian Keluarga.
Pada Mac anda, lakukan salah satu daripada berikut:
Log masuk ke akaun pengguna Mac anda, kemudian daftar masuk dengan Apple ID anda.
Log masuk ke akaun pengguna Mac anak, kemudian daftar masuk dengan Apple ID anak.
Pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Masa Skrin dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Jika anda menggunakan Perkongsian Keluarga, klik menu timbul Ahli Keluarga di sebelah kanan, kemudian pilih anak.
Klik Keselamatan Komunikasi.
Seting Keselamatan Komunikasi hanya tersedia jika anak ialah sebahagian daripada kumpulan Perkongsian Keluarga.
Aktifkan atau nyahaktifkan Semak Foto Sensitif.