Tukar seting Keselamatan Komunikasi dalam Masa Skrin pada Mac
Gunakan seting Keselamatan Komunikasi dalam Masa Skrin untuk membuatkan Mac anda (atau Mac ahli keluarga anda) mengesan foto dan video sensitif sebelum dihantar atau diterima dalam Mesej atau pemilih Foto. Jika kebogelan dikesan, foto atau video dikaburkan dan sumber disediakan untuk membantu menangani situasi tersebut. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Perihal keselamatan komunikasi dalam Mesej.
Untuk menukar seting ini pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Masa Skrin dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.) Klik menu timbul Ahli Keluarga di sebelah kanan dan pilih ahli keluarga (jika anda ialah ibu bapa/penjaga dalam kumpulan Perkongsian Keluarga), kemudian klik Keselamatan Komunikasi.
Buka seting Masa Skrin untuk saya
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Semak Foto Sensitif | Tunjukkan amaran apabila pengguna yang dipilih menghantar atau menerima foto dalam app Mesej atau pemilih Foto yang mengandungi kebogelan. | ||||||||||
Sumber Keselamatan Kanak-kanak | Klik Tunjukkan Sumber untuk melihat sumber bagi membantu menangani situasi atau memudahkan perbualan tentang keselamatan digital dengan anak anda. | ||||||||||
Tingkatkan Keselamatan Komunikasi | Hantar analitis dan data penggunaan kepada Apple untuk meningkatkan Keselamatan Komunikasi. | ||||||||||
Ketahui Lebih Lanjut | Lihat maklumat tambahan tentang Keselamatan Komunikasi. |