Benarkan app menggunakan rakaman skrin
Sesetengah app dan tapak web boleh menggunakan rakaman skrin pada Mac anda untuk memberikan perkhidmatan dan ciri kepada anda. Sebagai contoh, app mungkin merakam skrin anda semasa panggilan FaceTime. Lihat Kawal akses ke rakaman skrin.
Untuk membenarkan app atau tapak web menggunakan rakaman skrin, klik OK dalam dialog. Jika anda tidak mahu membenarkan penggunaan rakaman skrin, klik Jangan Benarkan.
Jika anda membenarkan app atau tapak web pihak ketiga menggunakan rakaman skrin, sebarang maklumat yang dikumpulkan oleh mereka akan dikawal oleh syarat dan dasar privasi mereka. Anda disyorkan untuk mengetahui tentang amalan privasi pihak tersebut.
Anda boleh semak semula dan menukar seting privasi anda menggunakan anak tetingkap Privasi daripada keutamaan Keselamatan & Privasi.
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Keselamatan & Privasi, kemudian klik Privasi.
Buka anak tetingkap Privasi untuk saya