Gunakan Wallet & Apple Pay pada Mac
Jika Mac atau Magic Keyboard anda mempunyai Touch ID,anda boleh menggunakannya untuk membuat pembayaran pada tapak web yang menyokong Apple Pay. Untuk menyediakan Apple Pay pada Mac, anda perlu menambah sekurang-kurangnya satu kad kredit, kad debit, kad prabayar, kad kedai atau Apple Card ke Wallet. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Apple Card, lihat tapak web Apple Card. Jika anda sudah mempunyai kad debit atau kredit yang dikaitkan dengan iTunes Store atau App Store, hanya sahkan kod keselamatan kad anda untuk menambah kad ke Wallet.
Anda boleh melihat senarai transaksi terbaru untuk setiap kad yang anda tambah ke Wallet. (Tidak tersedia untuk semua kad.)
Sediakan Apple Pay pada Mac anda
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Wallet & Apple Pay.
Klik Tambah Kad.
Jika anda tidak mendaftar masuk ke iCloud, anda akan diminta untuk mendaftar masuk. Selepas anda didaftar masuk, kembali ke Wallet & Apple Pay.
Masukkan maklumat pembayaran anda.
Gunakan kad dalam rekod: Jika anda mempunyai kad kredit atau debit dalam rekod Apple untuk pembelian dari iTunes Store atau App Store, masukkan kod keselamatan apabila diminta.
Tambah kad baharu: Tempatkan kad anda di hadapan kamera komputer supaya ia muncul dalam bingkai yang ditunjukkan pada skrin, kemudian ikuti arahan pada skrin. Atau klik Masukkan Butiran Kad Secara Manual, kemudian berikan maklumat yang diminta. Ulangi untuk setiap kad yang anda mahu gunakan dengan Apple Pay.
Penting: Jika anda mendaftar keluar daripada akaun iCloud, anda perlu menyediakan Apple Pay lagi—termasuk menambah sebarang kad yang anda tambahkan dalam Apple Pay pada Mac anda.
Buat pembelian
Apabila mendaftar keluar daripada kedai dalam talian, klik Apple Pay. Jika anda mempunyai lebih daripada satu kad pada fail dengan Apple, anda boleh memilih kad untuk digunakan. Anda juga boleh memasukkan alamat penghantaran dan maklumat kenalan baru.
Letakkan jari anda pada Touch ID untuk melengkapkan pembelian. Jika anda belum menyediakan Touch ID, anda boleh mengetik butang Bayar dalam Touch Bar dan masukkan kata laluan anda. Jika Mac anda tidak mempunyai Touch Bar atau anda menggunakan Mac dengan Apple silicon, anda boleh dwiketik Touch ID dan masukkan kata laluan anda.
Nota: Jika penutup pada komputer buku Mac anda tertutup dan anda tidak boleh mengakses Touch ID, anda mesti melengkapkan pembelian menggunakan iPhone atau Apple Watch dan kad yang dikaitkan dengan peranti tersebut.
Jika anda belum menyediakan Touch ID, lihat Sediakan Touch ID.
Jika Touch ID tidak berfungsi pada Mac atau Magic Keyboard anda, lihat artikel Sokongan Apple ini.
Lihat butiran transaksi
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Wallet & Apple Pay.
Pilih kad, klik Transaksi, kemudian pilih kotak semak bersebelahan “Tunjukkan pemberitahuan transaksi daripada.”
Transaksi terbaru anda yang dikaitkan dengan kad terpilih muncul di sebelah kanan. Senarai ini mungkin termasuk hanya transaksik dibuat pada Mac ini atau semua transaksi terbaru, bergantung kepada kad. (Transaksi tidak tersedia untuk semua kad.)
Hanya satu akaun pengguna pada Mac anda boleh menggunakan Touch ID untuk melengkapkan pembelian yang dilakukan dengan Apple Pay. (Pengguna lain boleh melengkapkan pembelian mereka menggunakan iPhone atau Apple Watch dan kad yang dikaitkan dengan peranti itu.) Jika anda mahu membenarkan pengguna lain untuk menggunakan Apple Pay dengan Touch ID, pengguna baru akan diminta untuk mereset Apple Pay apabila mereka memilih menu Apple > Keutamaan Sistem dan klik Wallet & Apple Pay.