Tukar keutamaan Storan iCloud dalam Perkongsian Keluarga pada Mac
Pada Mac anda, gunakan keutamaan Storan iCloud dalam Perkongsian Keluarga untuk menaik taraf storan iCloud anda dan berkongsinya dengan ahli keluarga.
Untuk menukar keutamaan ini, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Perkongsian Keluarga , kemudian pilih Storan iCloud dalam bar sisi.
Buka keutamaan Perkongsian Keluarga untuk saya
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Naik Taraf | Anda boleh menukar jumlah storan iCloud yang dikongsi antara kumpulan Perkongsian Keluarga. Klik Naik Taraf untuk melihat pelan storan iCloud semasa anda dan pelan lain serta harga bulanan yang anda boleh pilih. | ||||||||||
Kongsi | Klik butang Kongsi untuk berkongsi pelan storan iCloud dinaik taraf anda dengan ahli keluarga. | ||||||||||
Nyahaktifkan | Klik Nyahaktifkan untuk berhenti berkongsi pelan storan iCloud dinaik taraf anda dengan ahli keluarga. Jika anda hentikan perkongsian storan iCloud, ahli keluarga diberikan tempoh ihsan untuk terus menggunakan storan dikongsi yang selepas itu mereka perlu untuk membuat pembelian pelan storan mereka sendiri. |
Untuk mendapatkan maklumat tentang menggabungkan langganan Apple anda, lihat artikel Sokongan Apple Pakejkan langganan Apple dengan Apple One.