Tukar keutamaan Gambaran Keseluruhan untuk Apple ID anda pada Mac
Pada Mac anda, gunakan keutamaan Gambaran Keseluruhan untuk mengemas kini seting Apple ID, daftar keluar daripada akaun Apple ID anda dan semak maklumat Apple tentang dasar Apple ID dan Privasi. Ketahui cara menggunakan keutamaan Apple ID anda.
Untuk menukar keutamaan ini, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Apple ID, kemudian pilih Gambaran Keseluruhan dalam bar sisi.
Buka keutamaan Apple ID untuk saya
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kemas Kini Seting Apple ID | Anda melihat butang ini jika seting Apple ID anda perlu dikemas kini untuk membenarkan penggunaan perkhidmatan baru atau mengesahkan akses dibenarkan. | ||||||||||
Perihal Apple ID & Privasi | Butang ini memberikan maklumat tentang dasar privasi Apple yang digunakan untuk melindungi maklumat anda dan memilih perkara yang anda kongsi. | ||||||||||
Daftar Keluar | Daftar keluar daripada Apple ID anda pada Mac ini. Lihat Jika anda mendaftar keluar daripada keutamaan Apple ID anda. |