![](https://help.apple.com/assets/63BCA927AAE78C58DD7FBE35/63BCA92EAAE78C58DD7FBE76/ms_MY/ec90cc2a1ffe5425f0c5f5674166d780.png)
Tukar seting Apple ID pada Mac
Pada Mac anda, gunakan seting Apple ID untuk mendaftar masuk dan keluar daripada Apple ID anda, menukar gambar yang digunakan untuk akaun anda, melihat peranti yang didaftar masuk ke Apple ID anda dan banyak lagi.
Untuk menukar seting ini, pilih menu Apple
Jika anda tidak melihat nama anda, klik Daftar masuk dengan Apple ID anda untuk memasukkan Apple ID anda atau untuk mencipta Apple ID.
Buka seting Apple ID untuk saya
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Gambar Apple ID anda | Untuk menukar gambar yang digunakan untuk akaun anda, alihkan penuding ke atas gambar di bahagian atas, klik “edit”, kemudian pilih gambar atau imej baharu. Lihat Pilih gambar Apple ID anda. | ||||||||||
Nama, Telefon, E-mel | Kemas kini nama, nombor telefon, e-mel dan maklumat hubungan lain yang dikaitkan dengan Apple ID anda. Lihat Tukar seting Nama, Telefon, E-mel untuk Apple ID anda. | ||||||||||
Kata Laluan & Keselamatan | Tukar seting kata laluan dan keselamatan yang dikaitkan dengan Apple ID anda. Lihat Tukar seting Kata Laluan & Keselamatan untuk Apple ID anda. | ||||||||||
Bayaran & Penghantaran | Sediakan maklumat bayaran dan penghantaran yang dikaitkan dengan Apple ID anda. Lihat Tukar seting Bayaran & Penghantaran untuk Apple ID anda. | ||||||||||
iCloud | Pilih ciri iCloud yang anda mahu gunakan, urus storan iCloud dan sediakan ciri iCloud+. Lihat Tukar seting iCloud. | ||||||||||
Media & Pembelian | Tukar seting media dan pembelian yang dikaitkan dengan Apple ID anda. Lihat Tukar seting Media & Pembelian untuk Apple ID anda. | ||||||||||
Perkongsian Keluarga | Sediakan dan uruskan kumpulan Perkongsian Keluarga untuk berkongsi langganan anda, pembelian, lokasi dan banyak lagi, dengan sehingga lima ahli keluarga. Lihat Tukar seting Keluarga. | ||||||||||
Peranti | Semak dan urus peranti dipercayai yang menggunakan Apple ID anda. Lihat Tukar seting Peranti untuk Apple ID anda. | ||||||||||
Daftar Keluar | Daftar keluar daripada Apple ID anda pada Mac ini. Lihat Jika anda mendaftar keluar daripada seting Apple ID anda. | ||||||||||
Perihal Apple ID & Privasi | Semak maklumat tentang Dasar Privasi Apple yang digunakan untuk melindungi maklumat Apple ID anda. |