Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Tambah kesan bunyi dalam iMovie pada iPhone
iMovie datang dengan berdozen kesan bunyi percuma yang boleh anda tambah pada filem anda.
Klip kesan bunyi berwarna biru dalam garis masa. Jika anda menambah kesan bunyi yang diimport yang 1 minit atau lebih panjang, ia berkelakuan sama seperti muzik latar belakang dalam projek dan berwarna hijau dalam garis masa projek. Lihat Tambah muzik dan lagu tema dalam iMovie pada iPhone.
Dengan projek anda terbuka, skrol ke garis masa supaya penunjuk main (garis menegak putih) kelihatan atas lokasi di mana anda mahu kesan bunyi bermula.
Ketik butang Tambah Media , kemudian ketik Audio.
Ketik Kesan Bunyi.
Untuk mendengar kesan bunyi sebelum menambahnya, ketiknya.
Untuk menambah kesan bunyi, ketiknya, kemudian ketik butang Tambah Audio .