Cipta projek papan cerita dalam iMovie pada iPhone
Papan cerita ialah templat video prabuat untuk mencipta video jenis biasa seperti tutorial memasak, ulasan produk atau eksperimen sains. Untuk mencipta projek papan cerita, pilih papan cerita terlebih dahulu. Setiap papan cerita disertakan senarai syot fleksibel yang menyediakan panduan langkah demi langkah untuk klip yang anda perlu rakam bagi membuatkan video serta tajuk, transisi dan muzik anda sepadan. Treler iMovie kini disertakan dengan Papan Cerita.
Dalam app iMovie pada iPhone anda, ketik Mulakan Projek Baharu, kemudian ketik Papan Cerita.
Jika anda tidak melihat Mulakan Projek Baharu, ketik Projek untuk kembali ke pelayar Projek.
Ketik untuk memilih papan cerita.
Jika anda memilih papan cerita Treler, anda diberikan pilihan templat treler filem khusus. Ketik satu, kemudian ketik Cipta. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang treler, lihat Pengenalan kepada mengedit treler dalam iMovie pada iPhone.
Apabila pilihan gaya kelihatan, ketik gaya untuk memilihnya bagi projek papan cerita anda.
Jika anda tidak pasti gaya yang anda mahukan, anda boleh bereksperimen dengan gaya yang berbeza selepas anda mencipta projek papan cerita. Lihat Tukar gaya projek papan cerita dalam iMovie pada iPhone.
Untuk menambah muzik, pilih warna dan fon untuk tajuk dan gunakan penapis, ketik butang di bahagian bawah skrin.
Jika anda belum pasti tentang ini, anda boleh bereksperimen dengan gaya yang berbeza selepas anda mencipta projek papan cerita. Lihat Tukar gaya projek papan cerita dalam iMovie pada iPhone.
Ketik Cipta di bahagian atas skrin.
Setelah anda mencipta projek papan cerita, anda boleh menambahkan klip video, foto dan tajuk.