Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Kongsi ke Facebook dalam iMovie pada iPhone
Anda boleh berkongsi filem atau treler anda yang telah siap terus ke Facebook jika anda mempunyai akaun Facebook dan dilog masuk ke app Facebook yang dipasang pada peranti anda. Untuk menyediakan akaun percuma, lawati www.facebook.com.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Daripada pelayar Projek: Ketik filem atau treler yang anda mahu kongsi.
Jika anda mengedit projek: Ketik Selesai (di penjuru kiri atas) untuk kembali ke skrin butiran projek, kemudian ketik filem atau treler yang anda mahu kongsi.
Ketik butang Kongsi , kemudian ketik Facebook.
Ketik pilihan yang anda mahu, ketik Siar di penjuru kanan atas skrin.