
Sesuaikan pilihan perkongsian dalam iMovie pada iPhone
Anda boleh menyusun semula item atau mengesetkan item yang kelihatan dalam menu kongsi iMovie.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Daripada pelayar Projek: Ketik filem atau treler yang anda mahu kongsi.
Jika anda mengedit projek: Ketik Selesai (di penjuru kiri atas) untuk kembali ke skrin butiran projek, kemudian ketik filem atau treler yang anda mahu kongsi.
Ketik butang Kongsi
, ketik Lagi dari baris pilihan tengah, kemudian ketik Edit.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Tunjukkan item: Ketik untuk mengaktifkannya.
Sembunyikan item: Ketik untuk menyahaktifkannya.
Tambah item ke Kegemaran: Ketik butang Tambah (+).
Keluarkan item daripada Kegemaran: Ketik butang Keluarkan (–).
Susun Semula Kegemaran: Seret butang Susun Semula
untuk setiap item menu yang anda mahu alihkan.
Ketik Selesai.