Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Pengenalan kepada mengedit Filem Ajaib dalam iMovie pada iPhone
Selepas anda mencipta projek Filem Ajaib, anda boleh menyusun semula klip dan foto yang anda pilih pada awalnya dan bereksperimen dengan pilihan gaya, muzik, teks serta penapis berbeza. Anda juga boleh mengedit setiap klip video secara individu.
Pratonton Filem Ajaib anda
Dalam app iMovie pada iPhone anda, buka projek Filem Ajaib.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Mainkan Filem Ajaib dalam pemapar: Ketik butang Main di bawah pemapar.
Mainkan Filem Ajaib dalam skrin penuh: Ketik butang Skrin Penuh di bawah pemapar.