Edit klip dalam projek papan cerita dalam iMovie pada iPhone
Anda boleh mengedit klip video individu dan foto dalam projek papan cerita anda menggunakan alat berkuasa dan mudah digunakan.
Nota: Jika anda belum menambah klip video atau foto pada ruang letak, butang pertama di sebelah kiri ialah butang Tambah. Selepas anda mengisi ruang letak, butang pertama di sebelah kiri menjadi butang Edit.
Tambahkan klip video atau foto pada ruang letak dipilih
Dalam app iMovie pada iPhone anda, buka projek papan cerita.
Ketik ruang letak atau klip dalam senarai syot.
Ketik butang Edit di sebelah kanan klip, kemudian ketik Edit Klip.
Ketik klip, kemudian ketik butang Tambah di bahagian bawah skrin.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Ambil semula klip video atau foto: Ketik Ambil Semula Video atau Foto.
Gantikan klip dengan klip video atau foto daripada Pustaka Foto anda: Ketik Gantikan daripada Pustaka.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Isi ruang letak papan cerita dalam iMovie pada iPhone.
Potong atau pisahkan klip projek papan cerita menggunakan alat Pisah
Dalam app iMovie pada iPhone anda, buka projek papan cerita.
Ketik ruang letak atau klip dalam senarai syot.
Jika ruang letak atau klip yang anda mahu pilih berada dalam kumpulan ruang letak, ketik segi tiga pendedahan di sebelah kanan kumpulan itu dahulu, kemudian ketik ruang letak atau klip.
Ketik butang Edit di sebelah kanan klip, kemudian ketik Edit Klip.
Ketik butang Edit di bahagian bawah skrin.
Seret klip untuk menempatkan penunjuk main di tempat anda mahu memangkas atau memisahkan klip.
Alat Pisah kelihatan di bawah klip.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Potong klip dari mula hingga penunjuk main: Ketik butang Potong dari Mula .
Pisahkan klip di kedudukan penunjuk main: Ketik butang Pisah .
Potong klip dari penunjuk main ke hujung: Ketik butang Potong dari Hujung .
Potong klip projek papan cerita secara manual
Dalam app iMovie pada iPhone anda, buka projek papan cerita.
Ketik ruang letak atau klip dalam senarai syot.
Jika ruang letak atau klip yang anda mahu pilih berada dalam kumpulan ruang letak, ketik segi tiga pendedahan di sebelah kanan kumpulan itu dahulu, kemudian ketik ruang letak atau klip.
Ketik butang Edit di sebelah kanan klip, kemudian ketik Edit Klip.
Ketik klip, kemudian seret mana-mana satu pemegang potong kuning untuk memendekkan atau memanjangkan klip atau foto.
Jika anda cuba menambah panjang klip tetapi pemegang potong tidak bergerak, bermaksud tiada bingkai tambahan untuk video di hujung klip.
Laraskan video mod Sinematik dalam klip projek papan cerita
Dalam app iMovie pada iPhone anda, buka projek papan cerita.
Ketik ruang letak atau klip dalam senarai syot.
Jika ruang letak atau klip yang anda mahu pilih berada dalam kumpulan ruang letak, ketik segi tiga pendedahan di sebelah kanan kumpulan itu dahulu, kemudian ketik ruang letak atau klip.
Ketik butang Edit di sebelah kanan klip, kemudian ketik Edit Klip.
Ketik klip, kemudian ketik butang Sinematik di bahagian bawah skrin.
Anda kini boleh menggunakan alat mod Sinematik pada klip dipilih. Lihat Laraskan mod Sinematik klip video dalam iMovie pada iPhone.
Laraskan kelajuan klip projek papan cerita
Dalam app iMovie pada iPhone anda, buka projek papan cerita.
Ketik ruang letak atau klip dalam senarai syot.
Jika ruang letak atau klip yang anda mahu pilih berada dalam kumpulan ruang letak, ketik segi tiga pendedahan di sebelah kanan kumpulan itu dahulu, kemudian ketik ruang letak atau klip.
Ketik butang Edit di sebelah kanan klip, kemudian ketik Edit Klip.
Ketik klip, kemudian ketik butang Kelajuan di bahagian bawah skrin.
Gelangsar Kelajuan kelihatan.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Perlahankan klip: Seret gelangsar ke sebelah kiri. Anda boleh mengurangkan kelajuan kepada minimum 1/8 kelajuan asal klip.
Percepatkan klip: Seret gelangsar ke sebelah kanan. Anda boleh meningkatkan kelajuan kepada maksimum dua kali ganda kelajuan asal klip.
Kembalikan klip kepada kelajuan asalnya: Ketik butang Reset di sebelah kanan gelangsar.
Padamkan klip atau ruang letak projek papan cerita
Dalam app iMovie pada iPhone anda, buka projek papan cerita.
Ketik ruang letak atau klip dalam senarai syot.
Jika ruang letak atau klip yang anda mahu pilih berada dalam kumpulan ruang letak, ketik segi tiga pendedahan di sebelah kanan kumpulan itu dahulu, kemudian ketik ruang letak atau klip.
Ketik butang Edit di sebelah kanan klip, kemudian ketik Edit Klip.
Ketik klip, kemudian ketik butang Padam di bahagian bawah skrin.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Padamkan klip dari dalam ruang letak: Ketik Padam Media.
Padamkan klip dan raung letak: Ketik Padam Klip.
Untuk membuat asal memadamkan klip, ketik butang Buat Asal di bahagian atas skrin.
Apabila anda selesai mengedit klip, ketik butang Balik di bahagian atas skrin untuk kembali ke senarai syot papan cerita.