Tukar gaya Filem Ajaib dalam iMovie pada iPhone
Apabila anda mencipta projek Filem Ajaib, anda boleh memilih gaya, yang termasuk transisi praset serta trek muzik, fon tajuk dan warna grafik tajuk.
Pilih gaya Filem Ajaib
Dalam app iMovie pada iPhone anda, buka projek Filem Ajaib.
Ketik butang Gaya di bahagian atas skrin.
Ketik gaya untuk memilihnya.
Pratonton gaya dipilih kelihatan dalam pemapar.
Apabila anda telah memilih gaya yang anda mahu gunakan, ketik Selesai di bahagian atas skrin.
Pilih muzik untuk Filem Ajaib anda
Dalam app iMovie pada iPhone anda, buka projek Filem Ajaib.
Ketik butang Gaya di bahagian atas skrin.
Ketik butang Muzik di bahagian bawah skrin.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Pilih lagu tema yang disertakan dengan iMovie: Ketik Lagu Tema, kemudian ketik lagu tema yang anda mahu tambah. Jika anda melihat ikon Muat Turun , lagu tema dimuat turun terlebih dahulu.
Pilih lagu daripada pustaka Muzik anda: Ketik Muzik Saya, ketik lokasi lagu yang anda mahu tambahkan (Senarai Main, Album, Artis atau Lagu), kemudian ketik lagu.
Nota: Untuk menggunakan lagu yang anda beli daripada iTunes Store dalam projek, anda mesti adalah pemegang hak cipta lagu tersebut atau mempunyai kebenaran nyata daripada pemegang hak cipta. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat iMovie untuk iOS dan iPadOS perjanjian lesen perisian.
Pilih lagu daripada fail pada peranti anda: Ketik Fail, layari ke lokasi fail lagu menggunakan pelayar Fail, kemudian ketik Selesai.
Ketik butang Tambah Muzik .
Tanda semak kelihatan di sebelah kiri dan nama lagu serta artis kelihatan di sebelah kanan.
Nota: Jika anda memilih lagu daripada fail pada peranti anda, langkah ini tidak diperlukan.
Ketik Selesai di bahagian atas skrin.
Ketik butang Senyap di penjuru kanan atas pemapar untuk mempradengar lagu yang dipilih.
Pilih warna untuk tajuk Filem Ajaib anda
Dalam app iMovie pada iPhone anda, buka projek Filem Ajaib.
Ketik butang Gaya di bahagian atas skrin.
Ketik butang Warna di bahagian bawah skrin.
Ketik pilihan warna teks untuk memilihnya.
Ketik Selesai di bahagian atas skrin.
Warna yang dipilih digunakan untuk tajuk utama dalam Filem Ajaib dan warna kedua digunakan untuk tajuk dan grafik yang lebih kecil.
Pilih fon untuk tajuk Filem Ajaib anda
Dalam app iMovie pada iPhone anda, buka projek Filem Ajaib.
Ketik butang Gaya di bahagian atas skrin.
Ketik butang Fon di bahagian bawah skrin.
Ketik pilihan fon untuk memilihnya.
Ketik Selesai di bahagian atas skrin.
Fon yang dipilih digunakan pada semua tajuk dalam Filem Ajaib.
Pilih penapis untuk Filem Ajaib anda
Dalam app iMovie pada iPhone anda, buka projek Filem Ajaib.
Ketik butang Gaya di bahagian atas skrin.
Ketik butang Penapis di bahagian bawah skrin.
Ketik penapis untuk memilihnya.
Ketik Selesai di bahagian atas skrin.
Penapis yang dipilih digunakan pada semua klip video dalam Filem Ajaib.
Reset perubahan gaya dalam projek Filem Ajaib
Dalam app iMovie pada iPhone anda, buka projek Filem Ajaib.
Ketik butang Gaya di bahagian atas skrin.
Ketik butang Reset.