Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Tambah kesan bunyi dalam iMovie pada iPhone
iMovie datang dengan berdozen kesan bunyi percuma yang boleh anda tambah pada projek filem anda.
Klip kesan bunyi berwarna biru dalam garis masa. Jika anda menambah kesan bunyi yang diimport yang 1 minit atau lebih panjang, ia berkelakuan sama seperti muzik latar belakang dalam projek dan berwarna hijau. Lihat Tambah muzik dan lagu tema dalam iMovie pada iPhone.
Dalam app iMovie pada iPhone anda, buka projek filem.
Skrol garis masa supaya penunjuk main (garis menegak putih) kelihatan di tempat anda mahu kesan bunyi bermula.
Ketik butang Tambah Media , kemudian ketik Audio.
Ketik Kesan Bunyi.
Untuk mendengar kesan bunyi sebelum menambahnya, ketiknya.
Untuk menambah kesan bunyi, ketiknya, kemudian ketik butang Tambah Audio .
Lihat jugaLaraskan audio dalam iMovie pada iPhone