Tambah dan edit latar belakang dalam iMovie pada iPhone
Anda boleh menambah latar belakang warna kepada projek filem anda. iMovie menyertakan beberapa latar belakang padu, gradien atau corak yang anda boleh sesuaikan.
Tambah latar belakang
Dalam app iMovie pada iPhone anda, buka projek filem.
Skrol garis masa supaya penunjuk main (garis menegak putih) kelihatan di tempat anda mahu tambah latar belakang.
Ketik butang Tambah Media , kemudian ketik Latar Belakang.
Ketik warna padu, gradien atau corak, kemudian ketik butang Tambah ke Projek .
Tukar warna latar belakang padu
Dalam app iMovie pada iPhone anda, buka projek filem.
Dalam garis masa, ketik klip latar belakang yang anda mahu sesuaikan.
Di penjuru kanan atas pemapar, ketik butang Warna , kemudian pilih warna daripada pilihan yang tersedia.
Tukar warna latar belakang gradien atau corak
Dalam app iMovie pada iPhone anda, buka projek filem.
Dalam garis masa, ketik klip latar belakang yang anda mahu sesuaikan.
Di penjuru kanan atas pemapar, ketik butang Warna .
Dua butang Warna kelihatan dalam pemapar, menunjukkan warna primer dan sekunder yang digunakan untuk menjana gradien atau corak.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Setkan warna latar belakang primer: Ketik butang Warna yang pertama (di sebelah kiri), kemudian pilih warna daripada pilihan yang tersedia.
Setkan warna latar belakang sekunder: Ketik butang Warna yang kedua (di sebelah kanan), kemudian pilih warna daripada pilihan yang tersedia.