Cipta dan urus senarai kenalan di iCloud.com
Apabila anda mencipta kenalan, kenalan itu diletakkan dalam senarai Semua Kenalan. Untuk membantu menyusun kenalan anda dan memudahkan kenalan dicari, anda boleh mencipta senarai tambahan.
Untuk menggunakan Kenalan di iCloud.com, anda mesti menggunakan tablet atau komputer.
Cipta senarai
Senarai diisih mengikut turutan abjad, dengan Semua Kenalan di bahagian atas senarai.
Dalam Kenalan di iCloud.com, klik dalam bar sisi.
Jika anda tidak melihat bar sisi, klik .
Taipkan nama untuk senarai, kemudian tekan kekunci Return atau Enter.
Untuk menukar nama senarai kemudian, tahan penuding di atas senarai dalam bar sisi, klik , kemudian klik Namakan Semula Senarai dan masukkan nama baharu dalam medan teks. Tekan kekunci Return atau Enter.
Pindahkan kenalan ke dalam senarai
Anda boleh menambahkan kenalan kepada lebih daripada satu senarai. Seret kenalan kepada setiap senarai yang ingin anda tambahkan. Apabila anda mengheret kenalan kepada senarai baharu, kenalan tersebut akan kekal dalam senarai lama, melainkan anda mengeluarkan kenalan tersebut.
Dalam Kenalan di iCloud.com, pilih satu atau lebih kenalan yang ingin dipindahkan, kemudian seret kenalan tersebut kepada senarai dalam bar sisi di sebelah kiri.
Keluarkan kenalan daripada senarai
Apabila anda mengeluarkan kenalan daripada senarai, kenalan dikeluarkan daripada senarai itu sahaja. Kenalan kekal dalam senarai Semua Kenalan.
Dalam Kenalan di iCloud.com, klik senarai yang mengandungi kenalan yang ingin anda keluarkan.
Klik kenalan, klik di bahagian atas senarai kenalan, kemudian pilih Padam Kenalan. Atau klik kenalan, kemudian tekan kekunci Delete pada papan kekunci anda.
Padam senarai
Apabila anda memadam senarai, kenalan di dalam senarai itu kekal dalam senarai Semua Kenalan.
Dalam Kenalan di iCloud.com, tahan penuding di atas senarai yang ingin anda padamkan, klik , kemudian klik Padam Senarai.