Sesuaikan dan gunakan halaman utama di iCloud.com
Di iCloud.com, anda boleh menyesuaikan halaman utama untuk pengalaman yang lebih diperibadikan, membenarkan anda mengakses kandungan yang paling penting dengan mudah. Anda boleh menambahkan jubin untuk app atau ciri kegemaran anda, mengeluarkan jubin yang tidak digunakan, menyusun semula jubin mengikut pilihan anda dan menukar paparan yang ditunjukkan oleh jubin.
Untuk app tertentu, anda juga boleh melakukan tindakan pantas terus daripada jubin.
Tambah, pindah atau padam jubin
Pada halaman utama iCloud.com, tatal ke bahagian bawah, kemudian klik Sesuaikan Halaman Utama.
Jika anda tidak berada pada halaman utama, klik dalam bar alat, kemudian klik Halaman Utama iCloud.
Lakukan salah satu yang berikut:
Tambah jubin: Klik Tambah Jubin di sudut kanan atas tetingkap, kemudian pilih jubin.
Gantikan jubin: Klik di sudut jubin, kemudian pilih jubin yang ingin anda gunakan.
Susun semula jubin: Seret jubin ke lokasi berlainan.
Saiz jubin berubah secara automatik apabila anda mengalihkannya.
Alih keluar jubin: Klik di sudut jubin, kemudian klik Keluarkan.
Klik Selesai di sudut kiri atas tetingkap.
Tukar paparan pada jubin
Anda boleh memilih paparan pada jubin tertentu untuk menjadikan jubin tersebut lebih berguna untuk anda. Sebagai contoh, anda boleh memilih folder khusus untuk Nota.
Pada halaman utama iCloud.com, klik di sudut kiri bawah jubin.
Jika anda tidak berada pada halaman utama, klik dalam bar alat, kemudian klik Halaman Utama iCloud.
Dalam menu timbul, pilih satu pilihan.
Lakukan tindakan pantas daripada jubin
Pada halaman utama iCloud.com, letakkan penuding anda di atas item dalam jubin, kemudian klik .
Jika anda tidak berada pada halaman utama, klik dalam bar alat, kemudian klik Halaman Utama iCloud.
Pilih salah satu yang berikut:
iCloud Drive: Padamkan Fail.
Petua: Anda juga boleh mengklik fail, kemudian pilih Lihat dalam Drive atau Muat Turun Fail.
Nota: Padam Nota.
Pages, Numbers atau Keynote: Quick Look, Buka dalam [App] pada Web, Muat Turun Fail atau Padam Fail.