
Lihat foto dan video anda di iCloud.com
Anda boleh melihat foto dan video yang disimpan dalam Foto iCloud menggunakan pelayar web.
Nota: Apabila akaun anda terhad kepada ciri web iCloud sahaja, anda hanya boleh mengakses album dikongsi dan Pautan iCloud. Lihat Dapatkan lagi ciri iCloud.
Lihat foto dan video anda
Pergi ke icloud.com/photos, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Klik album dikongsi atau Pautan iCloud di bar sisi.
Jika anda tidak melihat bar sisi, klik
.
Untuk mengubah saiz imej kecil, gunakan gelangsar dalam bar alat Foto.
Lihat foto dan video anda dalam mod skrin penuh
Anda boleh melihat foto pada tetingkap pelayar penuh supaya anda tidak terganggu oleh bar sisi atau bar alat.
Pergi ke icloud.com/photos, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Dwiklik imej kecil foto, kemudian klik
.
Untuk beralih antara foto atau video, lakukan salah satu yang berikut:
Tekan kekunci anak panah pada papan kekunci anda.
Tahan penuding di atas sisi kiri atau kanan foto, kemudian klik anak panah yang muncul.
Tahan penuding di bahagian atas foto, klik di penjuru kiri atas, kemudian klik imej kecil di bahagian bawah tetingkap untuk pergi ke foto tersebut.
Untuk keluar daripada paparan ini, tahan penuding di atas foto, kemudian klik
.
Tukar bentuk imej kecil foto dan video
Anda boleh melihat imej kecil foto dan video anda sebagai segi empat (yang menyingkirkan ruang kosong antara foto dengan video) atau dalam nisbah aspek asal (yang menunjukkan seluruh imej).
Pergi ke icloud.com/photos, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Lihat imej anda sebagai segi empat: Klik
.
Lihat imej anda dalam nisbah aspek asal: Klik
.
Anda juga boleh memainkan foto anda dalam tayangan slaid.
Ketahui cara menggunakan Foto iCloud di iCloud.com pada telefon atau tablet.