
Dapatkan lagi ciri iCloud
App dan ciri yang anda lihat pada iCloud.com bergantung pada jenis akaun yang anda gunakan untuk mendaftar masuk. Anda boleh mendapatkan akses ke semua ciri iCloud dengan menyediakan iCloud pada iPhone, iPad atau Mac.
Perihal akses web sahaja
Jika anda mendaftar masuk ke iCloud.com menggunakan pelayar web pada komputer dan anda tidak melihat Mail, Cari, Kalendar atau Peringatan, hal ini bermakna anda sedang menggunakan akaun web sahaja. Lihat app yang boleh anda akses pada peranti lain.
Akses web sahaja membolehkan anda bekerjasama dengan orang lain dalam talian menggunakan iCloud sekiranya anda tidak mempunyai peranti Apple. Ini termasuk 1 GB storan percuma untuk sebarang nota atau dokumen yang anda cipta.
Jika anda telah menyediakan iCloud pada peranti Apple, pastikan anda mendaftar masuk ke Akaun Apple yang sama di iCloud.com untuk mengakses semua ciri. Jika anda tidak mengingati kata laluan anda, lihat artikel Sokongan Apple Jika anda terlupa kata laluan Akaun Apple anda.
Dapatkan lagi ciri iCloud
Jika anda mempunyai iPhone, iPad atau Mac, anda boleh mendapatkan set penuh ciri iCloud dan mengakses lebih banyak ciri di iCloud.com.
Daftar masuk ke Akaun Apple yang sama dalam Seting (pada iPhone atau iPad anda) atau dalam Seting Sistem (pada Mac anda). Lihat Sediakan iCloud pada semua peranti anda.
Anda akan mendapat akses serta‑merta ke semua ciri iCloud dan 5 GB storan percuma. Anda juga boleh melanggan iCloud+ untuk ciri tambahan dan lebih banyak storan iCloud.