Pulihkan fail yang dipadam di iCloud.com
Di iCloud.com, anda boleh memulihkan fail yang dipadam daripada kedua‑dua iCloud Drive dan app lain dalam masa 30 hari yang lalu. Walau bagaimanapun, anda tidak boleh mendapatkan semula atau memulihkan fail yang anda keluarkan secara kekal.
Dalam iCloud Drive di iCloud.com, klik Baru Dipadamkan dalam bar sisi.
Jika anda tidak melihat bar sisi, klik .
Klik Pulihkan Semua, atau pilih setiap fail yang ingin dipulihkan, kemudian klik Pulihkan.
Cari fail anda yang dipulihkan dalam folder di mana ia berada semasa anda memadamkan fail tersebut. Contohnya, jika fail terdapat dalam folder Pages semasa anda memadamkannya, cari fail yang dipulihkan itu dalam folder Pages.