Tambah atau edit senarai dalam Nota di iCloud.com
Anda boleh menambahkan senarai semak, senarai berbulet, senarai bersempang dan senarai bernombor ke nota. Anda juga boleh menukar baris sedia ada menjadi item senarai.
Cipta senarai diformatkan
Dalam Nota di iCloud.com, pilih nota.
Klik baris kosong, kemudian lakukan salah satu yang berikut:
Tambah senarai berbulet: Taip asterisk diikuti dengan ruang.
Tambah senarai bersempang: Taip tanda sempang diikuti dengan ruang.
Tambah senarai bernombor: Taip angka 1 dan noktah diikuti dengan ruang.
Anda juga boleh mengklik , kemudian pilih Senarai Berbulet, Senarai Bersempang atau Senarai Bernombor.
Tukar baris sedia ada ke senarai yang telah diformat
Dalam Nota di iCloud.com, pilih nota.
Pilih baris yang ingin ditukar menjadi senarai, klik dalam bar alat Nota, kemudian pilih Senarai Berbulet, Senarai Bersempang atau Senarai Bernombor.
Cipta senarai semak
Dalam Nota di iCloud.com, pilih nota.
Lakukan salah satu yang berikut:
Tambah senarai semak: Klik baris kosong, kemudian klik dalam bar alat Nota.
Tukar baris sedia ada kepada senarai semak: Pilih baris, kemudian klik dalam bar alat Nota.
Untuk menandakan tugasan dalam senarai semak sebagai selesai, klik bulatan kosong di sebelah tugasan.
Tambah item senarai baharu atau tamatkan senarai
Dalam Nota di iCloud.com, pilih nota yang mengandungi senarai.
Lakukan salah satu yang berikut:
Tambah item senarai: Klik di mana sahaja dalam senarai, kemudian tekan kekunci Return atau Enter.
Tamatkan senarai dan tambahkan perenggan biasa: Klik pada hujung item senarai yang terakhir, kemudian tekan kekunci Return atau Enter sebanyak dua kali.
Tambahkan atau kurangkan aras senarai
Dalam Nota di iCloud.com, pilih nota yang mengandungi senarai.
Lakukan salah satu yang berikut:
Tambahkan aras senarai: Klik pada permulaan item senarai, kemudian tekan Tab. Anda juga boleh mengklik di mana sahaja dalam item senarai, kemudian tekan Command‑] (pada Mac) atau Control‑] (pada komputer Windows).
Kurangkan aras senarai: Klik pada permulaan item senarai, kemudian tekan Shift‑Tab. Anda juga boleh mengklik di mana sahaja dalam item senarai, kemudian tekan Command‑[ (pada Mac) atau Control‑[ (pada komputer Windows).