Pulihkan kenalan yang disimpan dalam iCloud di iCloud.com
Anda boleh memulihkan kenalan anda daripada versi terdahulu yang diarkibkan secara automatik di iCloud. Contohnya, anda mungkin ingin memulihkan kenalan ke versi yang terdahulu untuk mendapatkan semula beberapa kenalan yang telah dipadamkan secara tidak sengaja.
Apabila anda memulihkan versi yang terdahulu, versi semasa anda akan diarkibkan terlebih dahulu di iCloud supaya anda boleh kembali ke versi ini sekiranya anda berubah fikiran.
Di iCloud.com, klik dalam bar alat, kemudian klik Pemulihan Data.
Klik Pulihkan Kenalan.
Versi yang tersedia disenaraikan mengikut tarikh dan masa versi itu diarkibkan.
Petua: Jika anda memadamkan kenalan baru-baru ini sama ada dari iCloud.com atau peranti anda yang kini ingin dipulihkan, ia mungkin mengambil masa hingga 24 jam untuk akrib dipaparkan.
Klik Pulihkan di sebelah kanan versi yang ingin dipulihkan.
Mungkin ada lebih banyak versi yang boleh dipaparkan. Skrol untuk melihat semuanya.
Nota: Tunggu sehingga iCloud selesai memulihkan kenalan sebelum anda menukarnya. Semasa proses pemulihan, sebarang perubahan yang anda lakukan tidak akan disimpan.