Cipta atau edit kenalan dalam Kenalan di iCloud.com
Anda boleh mencipta kenalan baharu atau mengedit kenalan sedia ada di iCloud.com. Anda boleh menambah atau memadamkan medan dalam kenalan untuk maklumat lalai, seperti nombor telefon atau alamat e‑mel, dan anda boleh menambahkan medan untuk maklumat tambahan, seperti tarikh lahir, nama panggilan atau nama pasangan.
Dalam Kenalan di iCloud.com, lakukan salah satu daripada yang berikut:
Cipta kenalan baharu: Klik di sebelah kanan, kemudian pilih Cipta Kenalan Baharu. Kad kenalan kosong akan tertera.
Edit kenalan sedia ada: Klik kenalan dalam senarai, kemudian klik Edit di bahagian atas kad kenalan.
Tambah atau edit nama pertama dan akhir kenalan.
Lakukan salah satu yang berikut:
Tambah butiran kenalan: Klik di sebelah Butiran Kenalan untuk menambah butiran, seperti nama panggilan atau nama jawatan. Anda juga boleh mengklik Tambah Medan di bahagian bawah kad kenalan untuk menambah butiran ini, serta beberapa pilihan tambahan, seperti nama pertama dan nama keluarga fonetik.
Tambah atau tukar foto: Untuk menambah foto kenalan baharu, klik Tambah Foto. Untuk mengedit foto sedia ada, klik foto. Klik Pilih Foto untuk memilih foto atau seret foto ke medan foto. Anda boleh mengubah saiz atau memutar foto. Klik Selesai untuk menyimpan perubahan anda.
Tambah medan baharu: Klik di sebelah medan yang ingin anda tambahkan. beberapa medan memerlukan anda memilih label daripada menu timbul. Contohnya, pilih untuk menambah alamat e‑mel untuk Rumah, Kerja, Sekolah atau Lain-lain, atau cipta label tersuai.
Edit medan sedia ada: Klik medan untuk mengedit.
Padamkan medan: Klik . Anda tidak boleh memadamkan medan lalai.
Apabila anda selesai, klik Simpan.