Padamkan fail dalam iCloud Drive di iCloud.com
Anda boleh memadamkan fail yang tidak lagi mahu disimpan dalam iCloud Drive.
Dalam iCloud Drive di iCloud.com, pilih fail yang ingin dipadamkan, kemudian klik butang Padam dalam bar alat iCloud Drive.
Fail yang anda padam daripada iCloud Drive boleh dipulihkan selama 30 hari, tetapi anda boleh mengeluarkan fail yang dipadam sebelum tamat tempoh 30 hari tersebut. Lihat Pulihkan fail yang dipadam di iCloud.com dan Keluarkan fail yang dipadam secara kekal di iCloud.com.
Nota: Fail dalam folder Baru Dipadamkan tidak dikira dalam storan iCloud anda.