Sandarkan video Final Cut Camera
Penting untuk menyandarkan kerja dan media anda secara konsisten.
Untuk menyandarkan video Final Cut Camera, lakukan mana-mana yang berikut:
Pindahkan media ke Final Cut Pro untuk iPad: Dalam Final Cut Camera, anda boleh memindahkan media secara wayarles ke Final Cut Pro pada iPad. Sama ada media dipindahkan secara automatik dalam sesi Live Multicam atau anda memulakan pemindahan secara manual, anda boleh memantau, menjeda, meneruskan atau membatalkan pemindahan. Lihat Pindahkan media daripada Final Cut Camera dalam Panduan Pengguna Final Cut Pro untuk iPad.
Kongsi media: Anda boleh berkongsi video daripada Final Cut Camera ke peranti lain (menggunakan AirDrop, Mesej atau Mail) atau menyimpan video ke iCloud Drive atau pustaka foto anda. Lihat Kongsi dan pindahkan video.
Gunakan app Fail untuk menyalin media: Anda boleh menggunakan app Fail untuk menyalin video Final Cut Camera anda ke iCloud Drive atau SSD luaran yang disambungkan. Lihat Lokasi video dirakam anda disimpan dan Susun fail dan folder dalam Fail dalam Panduan Pengguna iPhone.
Satu lagi cara untuk menyandarkan video yang anda rakam dalam Final Cut Camera ialah dengan menyandarkan peranti anda secara kerap ke iCloud atau ke komputer. Lihat Sandarkan iPhone dalam Panduan Pengguna iPhone.
Petua: Jika anda menggunakan Sandaran iCloud, media dalam Final Cut Camera disandarkan secara lalai. Jika anda tidak mahu fail media besar disertakan dalam sandaran iCloud, anda boleh menyahaktifkan Sandaran iCloud untuk Final Cut Camera. Pergi ke app Seting
pada iPhone atau iPad anda, ketik nama anda, kemudian ketik iCloud. Ketik Sandaran iCloud, ketik nama peranti anda, kemudian nyahaktifkan Final Cut Camera. Lihat artikel Sokongan Apple Apakah yang disandarkan oleh iCloud?