Gunakan paparan luaran dengan Final Cut Camera
Anda boleh menggunakan paparan luaran dengan Final Cut Camera untuk memantau video sementara anda merakam.
Dengan iPhone 17 Pro atau lebih baharu, anda boleh menggunakan pilihan HDMI Bersih untuk menghantar output video “bersih”—tanpa tindihan atau kawalan kamera yang mengganggu—kepada paparan luaran atau perakam, supaya anda boleh kekal fokus pada imej yang sedang dirakam. Output video bersih membenarkan pemantauan profesional, rakaman luaran, penstriman langsung dan pemantauan LUT pengguna.
Nota: Output HDMI Bersih memerlukan iPhone 17 Pro atau lebih baharu.
Sambungkan iPhone anda ke paparan luaran.
Lihat Sambungkan iPhone ke paparan dengan kabel dalam Panduan Pengguna iPhone. Secara lalai, skrin iPhone dicerminkan pada paparan luaran.
Pergi ke app Final Cut Camera
pada iPhone anda.Dalam skrin kamera, ketik
, kemudian ketik Keutamaan.Ketik Pratonton Monitor Luaran, kemudian ketik pilihan:
HDMI Bersih: Menunjukkan imej video sahaja daripada kamera pada paparan luaran, tanpa sebarang elemen antara muka Final Cut Camera. Seting ini aktif secara lalai pada iPhone 17 Pro atau lebih baharu.
Penting: Untuk menggunakan HDMI Bersih, anda perlu menukar seting iPhone supaya paparan luaran menggambarkan perubahan rakaman dalam Final Cut Camera. Pergi ke app Seting
pada iPhone anda, kemudian ketik Paparan & Kecerahan. Ketik monitor luaran anda di bawah Paparan, ketik Julat Dinamik Standard (SDR), kemudian aktifkan Benarkan Perubahan Mod Paparan. Apabila seting ini diaktifkan, menukar julat dinamik atau kadar bingkai dalam Final Cut Camera mungkin menyebabkan imej pada paparan luaran berkelip buat sementara atau bertukar hitam sebelum menggambarkan perubahan.Cermin: Menunjukkan skrin Final Cut Camera pada paparan luaran, sama seperti yang kelihatan pada iPhone anda.
Petua: Untuk memastikan paparan warna paling tepat apabila menggunakan output HDMI Bersih, anda disyorkan untuk mengesetkan ruang warna kepada SDR dalam seting Final Cut Camera. Dalam skrin kamera, ketik
, ketik Keutamaan, ketik Warna & Julat Dinamik, kemudian ketik SDR (Rec. 709).