Dapatkan app Final Cut Camera
App Final Cut Camera tersedia secara percuma dalam App Store apabila anda mendaftar masuk ke Akaun Apple anda pada iPhone dengan iOS 17.4 atau lebih baharu.
Pada iPhone anda, pergi ke app Final Cut Camera dalam App Store.
Ketik Dapatkan.
Jika diminta, gunakan Face ID, Touch ID, atau kod laluan anda untuk memasang app.
Pergi ke app Final Cut Camera
pada iPhone anda, kemudian ketik Teruskan.Apabila anda membuka Final Cut Camera buat kali pertama, anda digesa untuk membenarkan akses kepada kamera dan mikrofon. Untuk menukar keizinan ini kemudian, pergi ke app Seting
pada iPhone anda, kemudian ketik Privasi & Keselamatan. Lihat Kawal akses kepada ciri perkakasan dan Kawal akses kepada maklumat dalam app dalam Panduan Pengguna iPhone.Kini anda bersedia untuk merakam video dalam Final Cut Camera.
Nota: Final Cut Camera juga tersedia untuk iPad.