Final Cut Camera sekilas pandang

Dengan app Final Cut Camera pada iPhone atau iPad, rakam video profesional dalam pelbagai codec dan sesuaikan resolusi, kadar bingkai, ruang warna anda dan banyak lagi dengan mudah. Gunakan kawalan pro intuitif termasuk ISO, imbangan putih dan kelajuan pengatup untuk mendapatkan rupa yang anda inginkan. Anda boleh merakam kendiri atau sebagai kamera jauh yang disambungkan ke sesi Live Multicam dalam Final Cut Pro untuk iPad.
Dengan Final Cut Camera, anda boleh:
Rakam dalam HEVC (H.265) atau Apple ProRes dalam ruang warna SDR (Rec. 709) atau HDR (HLG). Anda juga boleh merakam dalam Apple Log dalam HEVC (atau Apple ProRes pada peranti disokong). Anda boleh merakam dalam 720p, 1080p atau 4K pada 24, 25, 30 atau 60 bps. Kadar bingkai sehingga 240 bps tersedia pada peranti tertentu. Lihat Setkan format video.
Gunakan peranti anda sebagai kamera jauh dalam sesi Live Multicam dalam Final Cut Pro untuk iPad. Anda boleh menyambungkan sehingga empat peranti yang menjalankan Final Cut Camera untuk mempratonton, merakam dan menyelaraskan sudut kamera anda dalam Final Cut Pro untuk iPad. Lihat Rakam video dalam sesi Live Multicam.
Rakam Apple ProRes RAW dengan peranti yang disokong. ProRes RAW merakam data sensor RAW, mengekalkan semua maklumat imej. Kekayaan data ini membolehkan anda melaraskan seting kamera dalam Final Cut Pro dengan fleksibiliti maksimum. Lihat Rakam Apple ProRes RAW dan Perihal video standard, log dan RAW.
Tangkap dengan seting yang berkuasa termasuk kelajuan pengatup, ISO, imbangan putih dan fokus manual. Anda boleh menyesuaikan resolusi, kadar bingkai, ruang warna anda dan banyak lagi dengan mudah. Lihat Tukar seting kamera dan Setkan format video.
Pantau video anda dengan cepat menggunakan penunjuk puncak fokus dan lebih dedahan. Lihat Gunakan panduan kamera pada skrin.
Layari dan semak rakaman anda terus dalam Final Cut Camera serta sambungkan secara wayarles ke Final Cut Pro untuk iPad bagi memindahkan media terus ke dalam projek. Lihat Kongsi dan pindahkan video.