
Panduan Pengguna Final Cut Camera

Gunakan kawalan kamera pro
Gunakan kawalan manual berkuasa termasuk kelajuan pengatup, ISO, imbangan putih dan fokus untuk lebih banyak fleksibiliti serta kawalan bagi proses rakaman video. Pantau video anda dengan garisan zebra, puncak fokus dan banyak lagi untuk mendapatkan rupa yang anda mahukan.

Rakam video profesional
Rakam video tahap profesional dalam pelbagai codec, termasuk HEVC, Apple ProRes* dan Apple ProRes RAW. * Sesuaikan resolusi, kadar bingkai, ruang warna anda dan banyak lagi dengan mudah. Final Cut Camera meletakkan anda dalam kerusi pengarah dengan kawalan penuh untuk keseluruhan pengeluaran video anda.

Rakam dengan Live Multicam
Sambung secara wayarles ke Final Cut Pro untuk iPad bagi menggunakan peranti anda sebagai kamera jauh dalam sesi Live Multicam. Anda boleh menyambungkan sehingga empat peranti yang menjalankan Final Cut Camera untuk merakam video dari berbilang sudut.
Untuk meneroka Panduan Pengguna Final Cut Camera, klik Senarai Kandungan di bahagian atas halaman, atau masukkan perkataan atau frasa dalam medan carian.