Gunakan paparan luaran dengan Final Cut Camera
Anda boleh menggunakan paparan luaran dengan Final Cut Camera untuk memantau video sementara anda merakam.
Dengan iPhone 17 Pro atau lebih baharu, anda boleh menggunakan pilihan HDMI Bersih dan SDI Bersih untuk menghantar output video “bersih”—tanpa tindihan atau kawalan kamera yang mengganggu—kepada paparan luaran atau perakam, supaya anda boleh kekal fokus pada imej yang sedang dirakam. Output video bersih membenarkan pemantauan profesional, rakaman luaran, penstriman langsung dan pemantauan LUT pengguna.
Pilih HDMI Bersih untuk output kualiti pratonton yang sesuai untuk penstriman langsung dan pemantauan LUT pengguna. Pilih SDI Bersih untuk video berkualiti siaran, rakaman luaran, output metadata dan kependaman pratonton minimum.
Nota: Output HDMI Bersih memerlukan iPhone 17 Pro atau lebih baharu. SDI Bersih memerlukan iPhone 17 Pro atau lebih baharu dan iOS 27 atau lebih baharu.
Cerminkan Final Cut Camera pada paparan luaran
Pilihan Cerminkan HDMI menunjukkan skrin Final Cut Camera pada paparan luaran, sama seperti yang kelihatan pada iPhone anda.
Sambungkan iPhone anda ke paparan luaran.
Lihat Sambungkan iPhone ke paparan dengan kabel dalam Panduan Pengguna iPhone. Secara lalai, skrin iPhone dicerminkan pada paparan luaran.
Pergi ke app Final Cut Camera
pada iPhone anda.Dalam skrin kamera, ketik
, kemudian ketik Keutamaan.Ketik Pratonton Monitor Luaran, kemudian ketik Cerminkan HDMI.
Nota: Jika anda menggunakan iPhone 17 Pro atau lebih baharu dan paparan HDMI, seting Pratonton Monitor Luaran disetkan kepada HDMI Bersih secara lalai. Lihat Hasilkan output imej video bersih ke paparan HDMI, di bawah.
Petua: Ketik dengan dua jari untuk menyembunyikan atau menunjukkan antara muka Final Cut Camera dengan cepat.
Hasilkan output imej video bersih ke paparan HDMI
Pilihan HDMI Bersih menunjukkan hanya imej video daripada kamera pada paparan luaran, tanpa sebarang elemen antara muka Final Cut Camera. Seting HDMI Bersih aktif secara lalai pada iPhone 17 Pro atau lebih baharu.
Sambungkan iPhone anda ke paparan HDMI luaran.
Lihat Sambungkan iPhone ke paparan dengan kabel dalam Panduan Pengguna iPhone.
Pergi ke app Final Cut Camera
pada iPhone anda.Dalam skrin kamera, ketik
, kemudian ketik Keutamaan.Ketik Pratonton Monitor Luaran, kemudian ketik HDMI Bersih.
Ketik satu daripada berikut:
Asli: Mencipta output 4K, tanpa mengira seting Final Cut Camera.
1080p: Mencipta output 1080p, tanpa mengira seting Final Cut Camera.
Pergi ke app Seting
pada iPhone anda, kemudian ketik Paparan & Kecerahan. Ketik monitor luaran anda di bawah Paparan, ketik Julat Dinamik Standard (SDR), kemudian aktifkan Benarkan Perubahan Mod Paparan.Apabila seting ini diaktifkan, menukar julat dinamik atau kadar bingkai dalam Final Cut Camera mungkin menyebabkan imej pada paparan luaran berkelip buat sementara atau bertukar hitam sebelum menggambarkan perubahan.
Petua: Untuk memastikan paparan warna yang paling tepat, anda disyorkan untuk mengesetkan ruang warna kepada SDR dalam seting Final Cut Camera. Dalam skrin kamera, ketik
, ketik Keutamaan, ketik Warna & Julat Dinamik, kemudian ketik SDR (Rec. 709).
Hasilkan output strim SDI berkualiti siaran
Pilihan SDI Bersih menghasilkan outout strim berkualiti siaran menggunakan penukar HDMI kepada SDI yang disambungkan. Sama seperti pilihan HDMI Bersih, ia menunjukkan hanya imej video daripada kamera pada paparan luaran, tanpa sebarang elemen antara muka Final Cut Camera.
Sambungkan iPhone anda ke penukar USB-C kepada HDMI, penukar HDMI kepada SDI dan paparan luaran.
Lihat Sambungkan iPhone ke paparan dengan kabel dalam Panduan Pengguna iPhone.
Pergi ke app Final Cut Camera
pada iPhone anda.Dalam skrin kamera, ketik
, kemudian ketik Keutamaan.Ketik Pratonton Monitor Luaran, kemudian ketik SDI Bersih.