Setkan kod masa dan genlock dalam Final Cut Camera
Dalam Final Cut Camera, anda boleh mengesetkan jenis atau sumber kod masa untuk merakam dalam video anda.
Dengan Final Cut Camera dan iPhone 17 Pro atau lebih baharu, anda boleh mengesetkan sumber isyarat genlock luaran untuk memastikan penyelarasan sempurna antara berbilang kamera dan paparan.
Setkan kod masa
Pergi ke app Final Cut Camera
pada iPhone atau iPad anda.Dalam skrin kamera, ketik
, ketik Keutamaan, kemudian ketik Kod Masa.Ketik pilihan:
Rakaman Berjalan: Mengira naik dari titik permulaan (00:00:00:00) semasa kamera merakam secara aktif dan menjeda apabila tidak merakam. Pilihan kod masa ini menunjukkan jumlah tempoh dirakam.
Masa dalam Hari: Berjalan secara berterusan seperti jam, sama ada merakam atau tidak. Pilihan kod masa ini menunjukkan masa jam peranti semasa setiap bingkai ditangkap, yang menjadikannya lebih mudah untuk menyusun klip dalam garis masa.
Sumber Luaran: Menerima kod masa daripada penjana luaran atau peranti pusat, yang menjadikannya lebih mudah untuk menyelaraskan klip daripada kamera berbeza dalam pasca produksi. Pilihan ini tersedia apabila anda menyambungkan penjana kod masa luaran ke iPhone anda dengan kabel USB-C. Ketik
di sebelah Sumber, kemudian ketik nama peranti.Warna ikon di sebelah nama peranti menunjukkan status semasanya: hijau untuk Diselaraskan, hijau bertitik untuk Jam Diselaraskan dan merah untuk Ralat.
Ketik
.
Setkan sumber genlock
Dengan Final Cut Camera dan iPhone 17 Pro atau lebih baharu, anda boleh mengesetkan sumber isyarat genlock luaran, yang menyelaraskan masa video berbilang kamera dan paparan video serasi serta membenarkan bingkainya dijana dalam fasa.
Anda juga boleh menetapkan tundaan bingkai genlock untuk mengimbangi perbezaan masa dengan paparan genlock atau perbezaan kependaman antara iPhone anda dan kamera genlock lain. Tundaan bingkai membolehkan anda ofset masa pengatup kamera dicetuskan relatif dengan isyarat genlock luaran.
Nota: Mengesetkan sumber genlock memerlukan iPhone 17 Pro atau lebih baharu.
Pergi ke app Final Cut Camera
pada iPhone anda.Dalam skrin kamera, ketik
, ketik Keutamaan, kemudian ketik Genlock.Sambungkan peranti penjana penyelarasan yang serasi ke iPhone anda.
Nama peranti genlock kelihatan di bawah Genlock. Warna ikon di sebelah nama peranti menunjukkan status semasanya: hijau untuk Diselaraskan, hijau bertitik untuk Jam Diselaraskan dan putih untuk Tidak Selaras.
Untuk melaraskan tundaan bingkai genlock, ketik Laraskan Ofset Genlock, kemudian seret gelangsar semasa pratonton video.
Jika anda mahu menukar unit ofset, ketik
, kemudian pilih pilihan:Subbingkai: Subbingkai mempunyai 1/100 tempoh bingkai video, jadi tempoh subbingkai dalam masa nyata bergantung pada kadar bingkai.
Mikrosaat: Satu mikrosaat ialah unit masa mutlak: 1/1,000,000 saat.
Ketik
.