
Pindahkan token kandungan ke Apple School Manager
Dalam App dan Buku, terdapat dua jenis token yang dikaitkan dengan lesen app dan buku.
Token legasi
Token legasi adalah token berasaskan pengguna yang dikaitkan dengan individu yang memuat turun token tersebut. Individu tersebut boleh melakukan hanya yang berikut:
Muat turun token legasi dan muat naik ke perkhidmatan pengurusan peranti mereka.
Tugaskan dan tugaskan semula app yang mereka beli kepada pengguna dan peranti menggunakan perkhidmatan pengurusan peranti mereka.
Tugaskan buku yang mereka beli kepada pengguna menggunakan perkhidmatan pengurusan peranti mereka.
Nota: Beberapa kandungan Apple Books tidak tersedia di negara atau rantau tertentu. Untuk mengetahui sama ada kandungan Apple Books tertentu tersedia di negara atau rantau anda, lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan program Apple dan kaedah bayaran untuk pendidikan dan perniagaan.
Token kandungan untuk setiap lokasi
Pengurus Kandungan boleh memuat turun token kandungan untuk lokasi yang mereka mempunyai kebenaran, dan boleh memuat naik token tersebut kepada perkhidmatan pengurusan peranti mereka untuk menugaskan buku serta menugaskan dan menugaskan semula app. Pastikan organisasi anda memuat naik token lokasi untuk semua lokasi anda membuat pembelian atau pemindahan dalam App dan Buku.
Sebelum anda mula mengurus token kandungan, semak dengan pembangun perkhidmatan pengurusan peranti anda untuk mengetahui penyelesaian yang mereka sokong:
Token kandungan berasaskan pengguna tunggal
Token kandungan berasaskan lokasi tunggal
Token kandungan berasaskan lokasi berbilang
Perancangan pemindahan
Untuk memulakan pemindahan, Pengurus Kandungan yang mempunyai pustaka token peribadi perlu memindahkan lesen mereka ke lokasi dalam App. Untuk mendapatkan pengalaman pemindahan terbaik, organisasi perlu memastikan bahawa semasa pemindahan awal ke App dan Buku Pengurus Kandungan dipetakan ke lokasi unik yang masih belum digunakan. Perkara ini membolehkan semua kandungan dipindahkan dengan betul. Anda disyorkan agar memindahkan semua Pengurus Kandungan pada masa yang sama. Ini boleh dilakukan oleh setiap Pengurus Kandungan atau oleh mana-mana pengguna dengan peranan Pentadbir dengan akses kepada semua akaun.
Nota: Jika akaun Pengurus Kandungan mempunyai kredit VPP yang dikaitkan dengannya, kredit itu tetap dikaitkan dengan pembeli tersebut. Kredit VPP tidak dipindahkan ke lokasi yang dipilih. Lihat Beli kredit VPP.

Lesen ditugaskan lawan lesen tidak ditugaskan
Selepas pemindahan, lesen dikaitkan dengan lokasi pemindahan dan bukannya dengan token legasi pembeli. Jika Pengurus Kandungan berpindah ke lokasi yang sudah mempunyai lesen di dalamnya, hanya lesen yang belum ditugaskan mereka dipindahkan ke lokasi semasa pemindahan awal. (Proses ini mengelakkan sebarang gangguan kepada penugasan lesen dalam pengurusan peranti.) Lesen yang ditugaskan kekal dikaitkan dengan token legasi pembeli. Selepas lesen ini dinyahtugaskan dalam pengurusan peranti, ia boleh dipindahkan ke satu lokasi dalam bahagian App di Keutamaan.