
Keluarkan domain dalam Apple School Manager
Anda boleh mengeluarkan domain daripada Apple School Manager jika anda tidak lagi perlu menggunakannya. Jika Akaun Apple Terurus telah dicipta menggunakan domain, anda akan digesa untuk mengemas kini domain untuk akaun sedia ada sebagai sebahagian daripada proses pengeluaran. Jika domain disepadukan, penyepaduan perlu dimatikan terlebih dahulu. Tindakan mengeluarkan domain juga akan mengeluarkan kunci domain.
Keluarkan domain tanpa Akaun Apple Terurus
Selesaikan tugas ini untuk mengeluarkan domain yang tidak mempunyai Akaun Apple Terurus yang dikaitkan dengannya.
Dalam Apple School Manager
, daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai keistimewaan untuk mengurus pengesahan penyepaduan.
Pilih nama anda di bahagian bawah bar sisi, pilih Keutamaan
, kemudian pilih Akaun Apple Terurus
.
Dalam bahagian Domain, pilih Urus di sebelah domain yang ingin anda alih keluar.
Pilih Keluarkan Domain, kemudian pilih Keluarkan Domain.
Keluarkan domain dengan Akaun Apple Terurus
Selesaikan tugas ini untuk mengeluarkan domain yang tidak mempunyai Akaun Apple Terurus yang dikaitkan dengannya. Selepas anda menyelesaikan tugas ini, anda perlu memberitahu pengguna yang terjejas bahawa mereka perlu mendaftar keluar dan mendaftar masuk semula.
Dalam Apple School Manager
, daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai keistimewaan untuk mengurus pengesahan penyepaduan.
Pilih nama anda di bahagian bawah bar sisi, pilih Keutamaan
, kemudian pilih Akaun Apple Terurus
.
Dalam bahagian Domain, pilih Urus di sebelah domain yang ingin anda alih keluar.
Pilih Keluarkan Domain, kemudian pilih Kemas Kini Nama Domain.
Pilih domain baharu untuk pengguna, kemudian pilih Teruskan.
Anda boleh menunggu sehingga aktiviti selesai, melihat aktiviti atau memilih Tutup untuk menutup tetingkap.